"Kami menerima aduan daripada penduduk setempat bahawa terdapat sebuah pondok dalam hutan kecil di belakang perumahan terbabit. Mereka khuatir kewujudannya menjadi sarang penagih dadah," katanya.
Menceritakan pengalaman tersebut, Jasman memberitahu pihaknya membuat serbuan pada pukul 1 pagi dan kehadiran mereka disambut dengan salakan anjing, kemudian keluar seorang warga emas dalam keadaan daif yang hanya memakai kain pelekat lusuh tanpa baju daripada pondok tersebut.
Timbalan Ketua Balai Polis Wangsa maju, Sarjan Jasman Aris berkata, pihaknya terjumpa warga emas itu ketika melakukan Operasi Santa pada malam sambutan Krismas 25 Disember lalu.
"Sedih melihat keadaan pakcik itu, seorang anggota kami segera membeli nasi dan pakcik Mohamed menangis kerana terharu menerima makanan itu.
"Beliau hanya tersenyum dan berkata, tidak boleh makan nasi dan minum air bergula kerana ada penyakit kencing manis." katanya.
Katanya, seorang anggotanya kemudian mendapatkan roti serta air mineral dan beliau menerimanya dengan senyuman.
SUMBER : KOSMO