Ramai yang sedia maklum Aweera kini sudah tidak bersama kumpulan Mojo namun penyanyi itu tetap mahu membawakan lagu Romancinta di peringkat akhir persaingan Anugerah Juara Lagu ke 29 (AJL 29) yang akan berlangsung pada Januari nanti.
Namun, perkembangan terbaru mengatakan yang Edry KRU selaku pencipta lagu tersebut telah mengambil keputusan untuk menggugurkan Aweera selaku vokalis atas alasan yang penyanyi itu mahu membawa kumpulan sendiri dan bukannya bersama Mojo.
“Pada saya ini jalan terbaik, kerana sepanjang rancangan ini berlangsung banyak sangat masalah ditimbulkan Aweera. Tambahan pula saya sudah banyak mengalah, jadi saya membuat keputusan tempatnya akan digantikan penyanyi lain,” ujar Edry KRU kepada
Harian Metro.
Namun
menerusi Facebook, pengurus kepada Aweera telah tampil memberikan penjelasan beliau sendiri tentang apa sebenarnya yang terjadi sehingga memaksa Aweera menarik diri dan bukan digugurkan dari terus bersama Mojo ke AJL 29.
“Melihat pada penjelasan pihak Edry adalah bercanggah dan tidak benar sama sekali. Banyak isu melibatkan kenapa pihak kami tidak mahu Aweera bekerjasama untuk AJL 29 nanti. Ini adalah kerana pihak Edry ada rencana dan agenda demi kepentingan sendiri”
“Mengambil ruang dan kesempatan pentas AJL29 untuk memberi ruang pada penyanyi baru Mojo dari Indonesia untuk berganding dengan Aweera adalah bercanggah sama sekali,” tulisnya.
Ramai peminat lagu Romancinta mengharapkan Aweera masih dapat menyanyikan lagu tersebut di pentas akhir AJL 29 tetapi melihat keadaan semasa, ianya seakan mustahil. Semoga pengganti beliau nanti akan memberikan yang lebih baik.
Dalam diam PH ada jugak skodeng wall Metro Online ni ( hehehe )...PH ternampak gambar Aweera posing macam 'kerek'...Pendek kata, gambar ni pun boleh meledakkan kontroversi antara beliau dengan Edry oleh haters Aweera...Keyboard Warrior ataupun 'haters' yang tidak kenal Aweera secara peribadi terus menerus menghentam Aweera dengan modal wajah 'kereknya' yang terpampang dalam page tersebut....Entah-entah gambar tu diambil sebelum Aweera ada krisis lagi dengan Edry...Patutnya letak la gambar yang cool dan natural sikit...Barulah adil...
Pastu PH ternampak Aweera ada komen kat situ mengenai isu panas ni...Gentle jugak dia ni, tapi PH risau jugak takut nanti api semakin marak...Keyboard Warrior mula mencarut-carut kat Aweera dengan bermacam-macam kata maki hamun...PH pun malas nak baca...Sakit otak nanti...
Komen Aweera mendapat 168 LIKE setakat entri ini dimuatnaik...Komen Aweera telah mendapat 26 maklumbalas dan rata-ratanya menyokong Aweera...Tidak kurang juga komen-komen yang membakar semangatnya untuk terus maju dalam dunia seni...
Satu lagi komen dari Aweera menyampaikan mesej beliau berlapang dada di atas apa yang telah berlaku...Ramai juga kecewa kerana Aweera tidak perform di AJL nanti...
Nasihat PH kepada Abam Aweera, bersabarlah banyak-banyak...Kapasiti kita dengan orang lama mungkin tak setaraf...So suara kita mungkin dipandang kecik jer...Yang benar jadi salah dan begitulah sebaliknya...Inilah lumrah seorang anak rockers di dalam dunia rock tanah air...Amy Search, Awie Wings dan rockers-rockers otai yang lain semuanya telah dulu mengalaminya dari Abam Aweera...Pastikan HATERS pun turut sama menyanyikan lagu baru dari Abam Aweera....Muka memang dah jenis kerek, nak buat macamana kan bro...?? Janji dalam hati cool...
Apa kata lepas ni buat satu kompilasi album rockers lama dengan yang baru...Lupakan sebarang pertelingkahan, yang penting fokus dan terus mara ke hadapan...Ramai lagi orang yang sokong bro...
Kepada vokalis baru Mojo pula, jangan over confident...Jadi diri sendiri dan kekalkan identiti asal...Make sure aura lama masih pekat dan melekattt...!!! Warnakan muzik tanahair yang suram ni...
'Everyone has a miracle in thier own way' - Bon Jovi