PH pun agak geram juga dengan satu komen yang dimuatnaik oleh seorang pengguna laman Facebook ( FB Muhammad Ghazali ) di laman Facebook Raja Shamri yang secara terang-terangan memperlekehkan usaha beliau membantu mangsa-mangsa banjir di Kelantan. Komen yang berbaur perkauman dan bersifat biadab itu tidak sepatutnya dilontarkan mentah-mentah terhadap Raja Shamri yang gigih berusaha melakukan yang terbaik bersama komuniti kecil beliau.
Sehubungan dengan komen negatif itu, Raja Shamri memuatnaik satu status yang ringkas tetapi cukup padat maksudnya yang berbaur kekesalan terhadap perangai dengki segelintir orang Melayu. Status ini dimuatnaik pada 31 Disember 2014 jam 7.52 malam.
PH pun tidak memahami apa sebenarnya yang difikirkan oleh Keyboard Warrior tersebut. Mungkin dia berasa iri hati di atas sanjungan dan pujian yang diterima di atas usaha-usahanya. Dari komen bodoh itu, ia juga telah menimbulkan kemarahan di kalangan pengikut Raja Shamri di laman Facebook.
Apa yang PH lihat, Raja Shamri juga banyak memuatnaik status dan gambar-gambar ihsan untuk dikongsi dengan masyarakat berkenaan usaha-usaha bantuan dari komuniti lain di laman Facebook miliknya. Ini menunjukkan beliau juga turut menghargai usaha dari orang lain, bukan menggunakan Facebook semata-mata untuk 'mengangkat' dirinya sendiri.
Nota PH :
Orang yang kutuk-kutuk para penyelamat ni apa sumbangan yang dia dah buat...?? Berapa juta duit yang dia dermakan untuk mangsa-mangsa banjir...?? Kita yang marhaen ni janganlah ikut kelaku macam ni...Buat malu kaum jer...