RASANYA peminat hiburan cukup mengenali perihal kerjaya suami kepada pelakon terkenal, Umie Aida iaitu Dato’ Paduka Khairuddin Abu Hassan cukup sinonim dengan dunia politik.
Sebut sahaja nama Khairuddin dan Umie pastinya ada peminat yang mengimbas kemanisan cinta mereka yang telah disatukan di tanah suci, Mekah.
Namun, tetiba muncul pula berita yang kurang enak di mana suami Umie Aida yang juga merangkap Naib Pengerusi UMNO Batu Kawan, Pulau Pinang dilaporkan telah muflis.
Malah dengar-dengarnya dokumen mahkamah itu telah tersebar menerusi sebuah blog politik yang memaparkan pengisytiharan Jabatan Insolvensi Malaysia (MDI) mengenai status Khairuddin Abu Hassan yang disahkan muflis pada 14 Mei tahun lalu pada hari yang sama di mana Mahkamah Tinggi Pulau Pinang turut mengeluarkan arahan serupa.
Berita pengisytiharan ini turut diketahui Khairuddin namun dia enggan mengulas lanjut isu ini ekoran masih lagi bekerjasama dengan pihak peguamnya.
Lebih memeranjatkan, tup-tup muncul pula dakwaan yang hadiah perkahwinan Khairuddin kepada Umie yang merupakan sebuah hartanah mewah bernilai hampir RM2.1 Juta di Mont Kiara bakal dilelong Sabtu ini di Hotel Istana oleh Ng Chan Mau & Co Sdn Bhd & CIMB Islamic.
Notis lelongan hartanah tersebut.
Bagaimanapun, suami Umie mendedahkan yang dia langsung tidak mengetahui perihal lelongan hartanah miliknya itu.
Jika benar, moga perkara ini dapat diselesaikan dengan segera. -MYNEWSHUB.CC