|
Gambar hiasan |
Pasal Minah KPop lagi...( hehehehe )...Kali ni PH nak kongsikan komen dari Rashia Rania / Felixia Yeap mengenai isu yang tak berapa cerdik ni...Jika PH adalah gadis yang kena cium dengan Mat Kpop tu, PH tak tersinggung kalau terbaca komen dari Rashia Rania ni, malah PH rasa menyesal diperlakukan sedemikian rupa...Kekadang tu maghah juga, tapi nak buat macamana kita ni manusia biasa...Tak maksum macam Nabi...Berbekalkan apa yang kita belajar dan motivasi yang kita ada itulah yang dikeluarkan dari jasad kita samada melalui kata-kata ataupun penulisan...
Penulisan berikut dipetik dari laman facebook milik Felixia.
"Saya tak suka lelaki sentuh saya.
(Kecuali baby. HEHE.)
Dari dulu (time saya tak berhijab dan masih seorang model berimej seksi)……...sampailah sekarang (dah berhijab dan dah jadi seorang Muslimah).
Memang tak suka lelaki sentuh/peluk walaupun hanya sekadar untuk bergambar kenangan.
Tangan2 yang sempat "menjalar" kat bahu pun saya tepis dan kadang2 siap tegur kuat2, "Sorry sir, NO TOUCHING." (zaman modeling sebelum Islam)
Jadi saya pun tak faham kenapa semalam ada adik bertudung yang excited dan suka sampai sendiri yang memeluk artis lelaki Kpop dalam video tu…
Saya rasa artis tu tak bersalah sebab diorang bukannya tahu pun pasal agama kita ni.
Dah adik2 bertudung tu happy je bagi peluk, siap terloncat2 lagi nak peluk artis2 tu semula…aduhhhh.
Memang la artis2 Kpop tu terima dengan hati dan tangan terbuka je…
Jam saya tengok.
Alangkah bagusnya kalau adik2 yang bertudung tu say "NO" kat artis Kpop tu atas pentas bila diorang nak peluk.
Terus jadi dakwah...atas pentas pula tu.
MashaaAllah!
Renung-renungkanlah…
Even non-Muslims pun ada banyak yang tak bagi lelaki sentuh.
Be different, my sisters.
You're different, you're special. Remember that.
Your hijab is your greatest reminder everyday.
Stay that way.
Say NO next time.
P.S: Mohon jangan hentam adik2 kita tu lagi dah. Setiap orang berhak untuk belajar dari kesilapan lalu. Saya yang dulu pun pernah buat salah banyak. Dari masa ke semasa pun ada juga dosa dan salah. Saya TAK ALIM.
Lebih baik kita doakan untuk mereka untuk sedar apa yang mereka telah lakukan "kurang enak". InshaaAllah. Allah itu Maha Pengampun."
Did u see that...?? Did you read that...?? Good boy...!! Good girl...Good Abam Jojo too...