Sejak akhir-akhir ini banyak kes-kes jenayah berat yang berlaku termasuklah kes-kes yang membabitkan aktiviti keganasan ataupun militan. Telah wujud komplot-komplot militan negara kita yang mana ia bakal membawa kepada satu pemusnahan di dalam struktur masyarakat kita. Aktiviti yang membabitkan keganasan ini juga mampu menghuru-harakan negara memandangkan kebanyakan modus operandinya membawa kepada kesan jangkamasa panjang. Di luar negara, kanak-kanak juga dilatih untuk menjadi perisik apabila mereka dewasa nanti.
PH pernah bersembang dengan seorang bekas Pegawai Waran II mengenai aktiviti keganasan di Malaysia. Beliau juga tidak menafikan kewujudan kumpulan ekstrim itu di negara kita. Kebanyakan pengaruh datang dari negara luar yang menjadikan rakyat Malaysia sebagai 'kambing hitam' untuk melaksanakan aktiviti jahat mereka. Namun kecekapan para anggota keselamatan di negara kita, banyak kumpulan-kumpulan militan ini telah berjaya dilumpuhkan.
Berikut adalah kenyataan media yang dipetik dari laman Facebook Pois Diraja Malaysia susulan penahanan dua saspek yang terlibat di dalam aktiviti keganasan di negara kita.
\
Justeru itu, berhati-hatilah ketika berkawan di Facebook ataupun di mana-mana laman sosial. Usah terpengaruh dengan dakyah-dakyah yang tidak tentu arah tujunya. Ada yang menjanjikan wang ringgit yang banyak, tetapi satu sen pun tidak akan berguna lagi apabila sudah dimasukkan ke penjara.
Syabas PDRM..!!!