Bagi peminat filem aksi dan 'fighter', siapa yang tidak kenal dengan susuk tubuh sasa berdarah Belgium dan Perancis yang sering menjadi idola buat peminat-peminat seni mempertahankan diri ataupun 'martial arts'. PH sendiri amat mengagumi beliau bukan hanya kerana bakat lakonan semata-mata, tetapi aksi-aksi stunt dan gerakan-gerakan karate yang asli darinya. Filem lakonannya yang terakhir yang PH tonton ialah The Expendables 2 yang mana Van Damne memegang watak penjahat Rusia yang bernama Villain. Selain dari itu, PH sangat minat dengan filem lakonannya seperti Bloodspot, The Quest, Double Team, Universal Soldier, Lionheart dan Timecop.
Pakar dalam bidang seni Muay Thai, Karate dan pemegang tali pinggang hitam Taekwando, hasilnya telah diadaptasi ke layar perak oleh produser filem di Hollywood sehingga gaya tendangan serta 'split' Van Damne telah menjadi satu fenomena selepas legenda hidup Chuck Norris dan Steven Seagal.
Berikut adalah 17 perkara kisah yang mungkin kita tidak tahu mengenai Van Damne hasil carian sendiri di Wikipedia dan Supercompresor :
1 ) Van Damne pernah mengambil kelas tarian Ballet. Katanya, sekiranya anda berjaya membuat senaman gaya Ballet, anda tidak akan mengalami apa-apa masalah untuk bermain apa jua jenis sukan. Senaman gaya Ballet adalah senaman yang paling sukar.
2 ) Menang di dalam sebuah kes saman di mahkamah ke atas seorang artis 'Martial Art' kerana segala bukti untuk mendakwanya telah hilang atau musnah akibat bencana gempa bumi
3 ) Mampu bertahan dua kali berat badannya apabila melakukan aksi 'split' di antara dua bangku
4 ) Pernah memenangi 19 perlawanan 'Kickboxer' atau Muay Thai. 18 dari perlawanan adalah pukulan K.O dan satu perlawanan menang menerusi kiraan mata. Van Damne hanya kalah sekali itupun hanya kerana dia tertendang pihak lawan yang sudah jatuh akibat pukulan K.O darinya. Kemenangannya tidak dikira dan kalah menerusi kiraan mata.
5 ) Van Damne selalu bermadah tentang kehidupan dan melakukan perkara di luar jangkaan. Semasa sedang memakan sebiji biskut cookie, dia pernah berkata : "Cookie ini bukan benda hidup, tetapi sebelum ia menjadi cookie ia diperbuat dari susu dan telur. Dan telur adalah dari benda yang hidup dan ia mempunyai potensi yang sangat tinggi untuk kita terus hidup."
6 ) Van Damne mempunyai gaya 'Zen Franglais' yang ideanya tercetus selepas menonton The Flinstone sejak bertahun lamanya. Zen merupakan mazhab Buddha yang diasaskan oleh sami Buddha Bodhidharma. Perkataan Zen adalah sebutan dari bahasa Jepun yang bermaksud 'Cina' yang diambil dari perkataan Sanskrit yang diterjemahkan sebagai meditasi atau keadaan bertafakur. Van Damne mengubahsuai Zen mengikut gayanya yang tersendiri.
7 ) Pernah melakonkan adegan seks dengan Mia Sara ( memegang watak sebagai isteri kepada Max Walker lakonan Van Damne ) dalam filem Timecop. Mia Sara adalah seorang aktres yang sukar untuk menerima tawaran untuk melakonkan aksi ranjang berat melainkan hanya pernah melakukannya dengan Van Damne.
8 ) Lawan tradisi untuk beradu tenaga dan menguji kemahiran seni mempertahankan diri dengannya ialah aktor Hollywood Chuck Norris.
9 ) Terkenal dengan aksi 'split'nya, Van Damne sentiasa melakonkan aksi tersebut dengan gaya tersendiri tanpa pernah gagal dan sentiasa mempunyai hasil yang terbaik. Ia juga tidak pernah menghampakan dari segi ketulenan aksi.
10 ) Dia pernah berkata Charlie Chaplin adalah bintang filem aksi yang terbaik dan tiada siapa yang mempertikaikan kenyataan tersebut.
11 ) Pada tahun 1989, Van Damne pernah didakwa di mahkamah dengan motif sengaja mendatangkan kecederaan. Dia didakwa kerana dengan sengaja mengasah dan menajamkan mata pedang ketika penggambaran filem Cyborg.
12 ) Terdapat tugu peringatan Van Damne di pusat bandaraya di Belgium.
13 ) Van Damne memuatkan kisah kejatuhan dan kejayaan dirinya di dalam sebuah filem drama yang bertajuk JCVD di bawah arahan El Mechri.
14 ) Van Damne pernah hidup bergelandangan di Los Angeles. Dia makan dan tidur di tepian jalan selama beberapa tahun. Sahabat baiknya ketika itu ialah seekor anjing jalanan.
15 ) Van Damne pernah melakonkan sebuah aksi menakjubkan di dalam sebuah iklan komersial di televisyen iaitu Coors Light.
16 ) Disenangi oleh paparazzi dan sporting. Malah Van Damne selalu melakukan aksi 'percuma' di depan wartawan.
17 ) Van Damne telah memegang watak utama di dalam filem The Expendables 2 setelah berehat dari bidang lakonan lebih dari sedekad.
Nota Platinum Media :
Boleh sahaja kalau nak kopipes entri ini, tetapi sebelum nak kopipes sila pastikan etika sebagai penulis blog dipatuhi...So, lepas kopipes dah tahu nak buat apa kan...??