Berikut adalah kenyataan yang dikeluarkan oleh Dato Ibrahim Ali menerusi laman Facebooknya berikutan pemergian Allahyarham Tuan Guru Nik Aziz. Kenyataan ini telah dimuatnaik pada 13 Februari 2015 lebih kurang jam 12.30 malam.
KENYATAAN TOK HIM ATAS KEMBALI NYA DATO NIK AZIZ
Takziah pada Datin dan keluarga nya..semuga Allah mencucuri Rahmat keatas roh nya,kalau ikut pada usia nya,maka pemergian nya tidak lah mengejutkan dan sebelum ini sudah lama tidak sihat, umurnya juga panjang.
Rakyat Kelantan ramai menyanjung nya kerana beliau dikatakan ulamak dan di gelar tok guru,walaupun beliau tidak banyak membangun kemajuan rakyat dan negeri kelantan.Malah kemajuan Islam di Kelantan tidak kemana dan hukum hudud gagal di laksanakan semasa hayat nya walaupun menjadi MB Kel lebih 20 tahun.
Seorang ulamak kontemporari Ibn Taimiyyah menegaskan hal memileh kepimpinan antara yg warak dan yang berwawasan ,maka kata Ibn Tamiyyah,bila bertemu antara pemimpin tersebut,hendaklah kamu memilih yg berwawasan walaupun kurang warak..
Kelantan sepatutnya menjadi negeri tersohor dalam semua bidang kerana rakyatnya teguh dgn Islam,rajin,kreatif,keindahan alam, berbagai sumber kekayaan, kehebatan budaya dan makanan yg tiada tandingan nya.
Kelantan patut menjadi negeri Islam cuntuh yg terbilang.Tapi ratusan ribu rakyat kekantan berhijrah mencari nafkah di negeri lain.
Semuga rakyat Kelantan memilih penimpin bukan berdasarkan kulit buku yg cantik tapi isi buku .Biarlah satu sejarah telah berlalu dan rakyat Kelantan tidak lagi memuja pemimpin retorik, alim tetapi yg berwawasan serta akhlak yg mulia..
Inilah komen saya atas kembalinya arwah Dato Nik Aziz mantan MB Kelantan..
Tok Him
Setakat entri ini disiarkan, status ini telah mendapat 16 jumlah Like, 52 Share dan 244 komentar. Namun demikian, kesemua komentar yang dilontarkan adalah berunsur kemarahan terhadap kenyataan Ibrahim Ali yang disifatkan sebagai biadap itu.
Dan kemuncaknya, kenyataan ini telah mendapat perhatian dari Abdul Rani Kulup dan berikut adalah status di laman Facebook miliknya :