P.Ramlee atau nama sebenarnya Teuku Zakaria bin Teuku Nyak
Puteh dilahirkan di Pulau Pinang pada pagi Hari Raya Aidilfitri bersamaan Rabu
, 22 Mac 1929. Bapanya seorang ahli pelayaran yang berasal dari Lho’Seumawe ,
Acheh telah berkahwin dengan Che Mah binti Hussien pada tahun 1925 di Kubang
Buaya , Butterworth.
P.Ramlee telah mendapat pendidikan awal di Sekolah Melayu
Kampung Jawa dan seterusnya di Penang Free School sehingga meletusnya Perang
Dunia Kedua. Semenjak di bangku sekolah lagi , P.Ramlee telah menunjukkan minat
dan bakat dalam bidang seni , terutamanya dalam seni muzik. Di Penang Free
,P.Ramlee belajar seni muzik dengan Encik Kamaruddin iaitu pemimpin Brass Band
di sekolah tersebut.
Semasa pendudukan Jepun di Malaya , P.Ramlee pernah memasuki
sekolah tentera laut Jepun ( Kaigun ). Di sini beliau berpeluang mempelajari
lagu-lagu Jepun. Penglibatan beliau