|
BAYI cukup sifat yang ditemui dalam tandas. |
Kuala Lumpur: Mayat bayi lelaki yang baru 36 jam dilahirkan ditemui di dalam tandas wanita kompleks membeli-belah di Kepong 3.20 petang tadi.
Ketua Polis Daerah Sentul Asisten Komisioner R Munusamy berkata, mayat itu ditemui tukang cuci yang terhidu bau busuk ketika masuk ke tandas berkenaan.
"Dia kemudiannya menemui beg di hujung tandas sebelum memaklumkan kejadian kepada pengawal keselamatan. Selepas beg dibuka ada mayat bayi di dalamnya.
"Siasatan polis di tempat kejadian mendapati mayat bayi ini diletakkan di dalam beg kanvas berwarna merah hitam," katanya. Beliau berkata, pemeriksaan lanjut anggota forensik mendapati bayi berkenaan cukup sifat namun masih belum dapat dipastikan bangsanya.
"Kes disiasat mengikut Seksyen 318 Kanun Keseksaan," katanya.
Oleh Mohd Fadly Samsudin
fadly@hmetro.com.my
Artikel ini disiarkan pada : Khamis, 25 Disember 2014 @ 7:34 PM