SHAH ALAM – Polis sedang mengesan individu yang menamakan dirinya sebagai Ayahnda Raja Provokasi dalam laman sosial Facebook berhubung gambar yang dimuat naik pada 23 Disember lalu yang menghina dan mengaibkan Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar.
Penolong Ketua Urus Setia Ketua Polis Negara (Komunikasi Korporat), ACP Datin Asmawati Ahmad berkata, perkara itu dalam tindakan dan siasatan pihak berkuasa.
Beliau ketika dihubungi Sinar Harian berkata, usaha mengesan individu berkenaan adalah sebahagian daripada proses siasatan.
Gambar dengan imej kepala seolah-olah dipenggal dan muka seakan-akan mirip Ketua Polis Negara, manakala mata kirinya juling dan ada tompokan darah.
Ekoran itu, satu laporan polis telah dibuat dan kes disiasat mengikut Seksyen 504 Kanun Keseksaan dan Seksyen 233 Akta Komunikasi dan Multimedia 1998.
Sumber: Akhbar Sinar Harian
Nota PH :
Takde penyakit nak carik penyakit...Benda yang tak berfaedah yang dibuatnya...Keyboard Warrior konon...Sengal..!!