|
Tembok penahan konkrit runtuh di tapak projek The Hub, SS2 Petaling Jaya |
Petaling Jaya, 26 Disember : Sebuah tembok penahan konkrit ( R.C Retaining Wall ) untuk projek pembinaan sebuah kondominium 'The Hub' dilaporkan telah runtuh kemungkinan besar disebabkan oleh ketidakstabilan struktur tanah susulan hujan lebat yang melanda kawasan sekitar itu sejak beberapa hari ini. Walau bagaimanapun insiden ini masih di dalam siasatan samada ia berlaku mungkin kerana punca-punca yang lain.
Tetuan projek berkenaan iaitu Selangor Dredging Berhad ( SDB ) telah menyiarkan artikel mengenai insiden tersebut melalui laman web mereka iaitu Propertywtf.com.my yang menyatakan bahawa siasatan dari pihak mereka telah dijalankan pada hari yang sama insiden berlaku dan mereka juga melahirkan rasa syukur kerana tiada nyawa yang terkorban. Majlis Bandaraya Petaling Jaya juga telah dimaklumkan oleh mereka dan kerja-kerja pembersihan sedang giat dijalankan.
|
Kenyataan pihak SDB di laman web mereka Propertywtf.com.my
Berikut adalah rakaman video amatur yang dirakam secara tidak sengaja di lokasi kejadian.
|
Nota PH :
PH rasa di musim-musim hujan ni eloklah buat masa sekarang pihak berkuasa mengeluarkan notis arahan untuk memberhentikan mana-mana projek pembinaan di kawasan yang berisiko berlaku kejadian tanah runtuh. Nanti tak pasal-pasal ada nyawa yang terkorban.