Terkilan dengan sikap Aweera yang masih tidak henti-henti mahu ‘mengusik’ Edry, kini ketua kumpulan Mojo itu mengambil tindakan untuk menghantar surat peguam kepada Aweera.
“Apa yang saya boleh cakapkan di sini, pihak kami akan mengeluarkan surat peguam dalam masa terdekat. Jangan kerana mulut, badan pula binasa,” kata Edry sperti dipetik dari akhbar Harian Metro.
Edry berkata, keputusan tersebut diambil kerana Aweera bersikap keterlaluan apabila terus mengkritik dan merendah-rendahkan dirinya dan Mojo secara terbuka menerusi media.
“Saya tidak faham kenapa dia perlu bertindak begitu> Kenapa sikapnya seolah-olah hendak lihat Mojo gagal (dalam bidang nyanyian). Menerusi kenyataan-kenyataannya, dia tidak habis-habis hendak merendahkan kami,” tambahnya lagi.
Edry berkata, dia juga berasa pelik dengan sikap Aweera yang dilihat seperti tidak dapat memulakan kehidupan yang baru tanpa Mojo.
Pada pendapat kami, sudah sampai masa untuk Aweera move on dan mulakan langkah baru dengan menampilkan kelainan dan juga mutu yang lebih baik untuk bersaing. Duduk sahaja dan tidak henti mencari kesalahan orang lain tidak akan membawa anda ke mana-mana. (rtky/syfq)