Allahuakbar...!!! Berderau juga darah PH apabila terlihat gambar yang memaparkan aksi seorang serikandi dari Jabatan Bomba dan Penyelamat 'bermain' dengan ular tedung ataupun King Cobra. Ular jenis ini usah dibuat main kerana bisanya boleh membawa maut dalam masa kurang dari 3 minit jika tiada rawatan kecemasan awal dilakukan. Bagi PH, ini adalah anugerah yang diberikan oleh Allah SWT kepada gadis ini. Anugerah yang PH maksudkan ialah KEBERANIAN dan BIJAK.
Berikut adalah status Facebook Jabatan Bomba susulan aksi ekstrim ini :
"AKSI Pegawai Bomba Wanita bersama Ular King Cobra...
AMARAN!!!!!
DILARANG SAMA SEKALI MENIRU AKSI INI !!!!!!
Makluman.. Aksi ini dilakukan oleh Pegawai Bomba yang berkelayakan dan bertauliah ..
(diselia oleh Wira Penyelamat)
Sekadar untuk dikongsi bersama..."