2 Jan KUANTAN - Ketua Polis Negara Tan Sri Khalid Abu Bakar telah melawat pusat pemindahan mangsa-mangsa banjir di SK Peramu Jaya, Kuantan, Pahang dan IKM Pekan siang tadi. Turut sama mengiringi beliau ialah Ketua Polis Pahang Dato' Sri Sharifuddin Ab Ghani.
 |
Sekitar lawatan Tan Sri Dato' Sri Khalid Abu Bakar, Ketua Polis Negara ke pusat pemindahan mangsa banjir di SK Peramu Jaya, Kuantan dan IKM Pekan siang tadi. Turut sama, Dato' Sri Sharifuddin Ab Ghani, Ketua Polis Pahang. |
 |
Ketua Polis Negara, Tan Sri Khalid Abu Bakar bertanya khabar kepada anak-anak mangsa banjir di Pekan, Pahang - Gambar ehsan Twitter @donrazali
|
Sebelum itu Tan Sri Khalid juga berkesempatan untuk melawat anggota PDRM di HUSM Kubang Kerian yang terselamat dari nahas helikopter.
 |
Ketua Polis Negara @KBAB51 meluangkan masa melawat kru helikopter PDRM yang sedang menerima rawatan di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM), Kubang Kerian. - Gambar ehsan : Twitter @Huan2u |
Bagi pihak PDRM, Tan Sri Khalid juga dilaporkan telah membantu 947 keluarga polis yang menjadi mangsa banjir di sekitar Pantai Timur
( LINK )
 |
Tan Sri Khalid menyampaikan sumbangan bantuan makanan kepada keluarga polis yang menjadi mangsa banjir - Gambar ehsan FB Polis Diraja Malaysia |
Susulan mengenai nahas QZ8501, hasrat Tan Sri Khalid untuk membantu pihak Indonesia bagi mengecam mayat mangsa-mangsa nahas pesawat telah disambut baik oleh mereka. Beliau juga telah memuatnaik satu status di laman Twitter miliknya.
Nota PH :
Bukan senang jadi 'orang besar' ni sebab tanggungjawab pun besar...Orang yang berjawatan besar seperti Ketua Polis Negara, Peguam Negara ataupun Hakim Negara perlu peka sepenuhnya terhadap apa yang berlaku di sekeliling negara. Tindakan perlu pantas dan bantuan yang hendak dihulurkan perlu relevan dengan keadaan dan teknologi semasa...
Untuk tragedi nahas pesawat QZ8501 ini pihak PDRM telah menghantar sepasukan skuad elit bagi membantu 'jiran' yang sedang berada di dalam kesusahan. Namun begitu, beliau juga tidak lupa kepada kebajikan rakyat di dalam negara sendiri...
Syabas PDRM...!!!
Sumber berita : FB Polis Diraja Malaysia