Assalammualaikum dan salam sejahtera buat semua. Pada entri kali ini PH nak share beberapa gambar kereta Lamborghini yang diambil dari Instagram @lamborghinigramm. Mungkin ramai di antara kita yang mempunyai akaun Instagram dan FOLLOW laman-laman artis ataupun laman-laman berunsur hiburan. Tetapi PH gunakan Instagram sebagai salah satu cara untuk mengaktifkan minda separa sedar bagi mencapai impian yang tersemat di dada. PH banyak FOLLOW akaun Instagram yang memaparkan gambar-gambar rumah dan kereta idaman serta gaya hidup orang yang sukses.
Visual impian mesti dilihat dan diperkatakan setiap hari. Ini adalah cara minda separa sedar berfungsi. Dengan mempraktikkan aktiviti ini, tubuh kita secara tidak langsung akan mengeluarkan satu tenaga dan inilah yang harus digunakan bagi mengekalkan momentum untuk mencapai kejayaan. Fikiran akan menjadi positif dan seterusnya bakal menjana minda untuk menggerakkan anggota tubuh badan untuk berusaha mencapainya. Pada masa yang sama, mintalah pertolongan dari Allah SWT, In Shaa Allah perkara yang selama ini disangkakan mustahil bakal menjadi kenyataan.
Tidak mustahil kita akan memilikinya. Tidak mungkin kita akan mendapatkannya kesemua sekali, tetapi percayalah yang kita akan dapat salah satu darinya. Sharing dari sepupu PH di Johor ( pakai Ferrari Scuderia kalau tak silap )..Dahulunya dia seorang agen insuran, tapi sekarang dia memiliki showroom sendiri di Tampoi, Johor Baharu ( LULUS Motor Enterprise ) yang menjual kereta-kereta recond dari Jepun. Umurnya 39 tahun...
Katanya, make it simple...Tukar mindset iaitu :
Jadikan pendapatan bulanan kepada harian dan jadikan pendapatan tahunan kepada bulanan. Bila ditanya bagaimanakah caranya? Dia menjawab :
"BERNIAGA TIDAK KIRA APA PRODUK SEKALIPUN, TAPI MAHU SABAR...!!! BERNIAGA BETUL2, JANGAN MAIN2... BILA DAH SENANG, TOLONG YANG SUSAH...PALING PENTING, RESTU KEDUA ORANG TUA DAN BAYAR ZAKAT PERNIAGAAN...KERETA FERRARI DEPAN RUMAH AKU TU DAH LAMA TUNGGU AKU KAT SHOWROOM, SO AKU KEJAR..."
Sekarang, bayangkanlah salah satu dari kereta-kereta di atas diparkir di rumah anda. Bayangkan setiap hari.