Kota Bharu: Kesihatan Mursyidul Am PAS, Datuk Nik Abdul Aziz Nik Mat hari ini menunjukkan perkembangan positif apabila sedar sepenuhnya.
Bekas Menteri Besar Kelantan terbabit sempat menunaikan solat subuh dan bersarapan minum teh o sebelum berehat semula.
Anaknya, Nik Mohamed Abduh berkata, ayahnya berbual dengan doktor berhubung kesihatannya dan perkembangan sepanjang di Unit Rawatan rapi Neuro.
"Pemeriksaan melalui CT scan menunjukkan ayah dalam keadaan normal.
|
SULTAN Kelantan, Sultan Muhammad V berdoa ketika melawat Nik Abdul Aziz Nik Mat di HUSM. FOTO ihsan pembaca |
"Doktor minta ahli keluarga yang sihat menderma darah untuk persediaan jika keadaan memerlukan," katanya dalam sidang media di Hospital Universiti Sains Malaysia (HUSM) di sini, hari ini.
myMetro | 20 Januari 2015
Nota PH :
PH ada terbaca komen2 dari Keyboard Warrior yang berkata bukan2 pasal TGNI...Allahuarabbi dah takde sifat kemanusiaan agaknya...