SEREMBAN - Seorang penjual sayur dihadapkan ke Mahkamah Sesyen Seremban semalam atas pertuduhan merompak sebuah klinik di Nilai bulan lalu.
Tertuduh, Abd Rahman Ahmad Yan, 31, bagaimanapun mengaku tidak bersalah dan minta dibicarakan selepas kertas pertuduhan dibaca di hadapan Hakim Datuk Jagjit Singh Bant Singh.
Mengikut pertuduhan, dia bersama seorang lagi masih bebas dengan niat bersama melakukan rompakan bersenjata sebilah pisau terhadap Norhidayah Abd Hadi, 27.
 |
Tertuduh ketika dibawa keluar dari mahkamah. |
Perbuatan itu dilakukan pada 21 Disember lalu jam lebih kurang 3.25 pagi di sebuah klinik di Melati Square, Nilai dekat sini.
Pendakwaan dilakukan mengikut Seksyen 395/397 Kanun Keseksaan dan jika disabit bersalah boleh dihukum penjara maksimum 20 tahun dan boleh juga dikenakan sebat.
Tertuduh yang tidak diwakili peguam merayu dikenakan wang jaminan rendah kerana isterinya yang akan menjamin, tidak bekerja.
Mahkamah menetapkan wang jaminan RM8,000 dan sebutan semula kes 26 Januari depan.
Pendakwaan dilakukan oleh Timbalan Pendakwa Raya, Syamimi Farhana Muhammad A Aziz.
Nota PH :
Sebab itulah Nabi tak suka umatnya miskin kerana miskin itu menuju kekufuran...Umur muda2 ni buat2lah pergi kerja kumpul duit...Takde makna pergi rompak orang...
Namun lelaki ini belum dibuktikan bersalah lagi...Pandai2lah mengadap Majistret nanti....Tak payah takut kalau tak buat tahi...Kalau berani buat, berani2lah bela diri...
Sinar Harian Online
1 Januari 2015