Kuala Lumpur, 21 Jan - Seorang penyanyi terkenal era 1990-an dan seorang wanita ditahan polis kerana dipercayai memiliki dadah dalam serbuan di sebuah rumah di Taman Keramat di sini, awal hari ini.
Serbuan pada 12.30 tengah malam itu dilakukan pasukan Polis Bahagian Siasatan Jenayah Narkotik Daerah Ampang Jaya, yang menemui satu bungkusan plastik disyaki heroin kira-kira 1.2 gram di dalam sebuah bilik.
Hasil ujian air kencing mendapati penyanyi berusia 43 tahun itu positif dadah morfin manakala wanitanya yang berusia 32 tahun positif dadah amphetamine.
Ketua Polis Daerah Ampang Jaya ACP Khairuldin Saad hari ini mengesahkan penahanan penyanyi dan wanita berkenaan bagi membantu siasatan mengikut Seksyen 12(2) Akta Dadah Berbahaya 1952 dan 15(1)(a) akta sama.
"Kami akan mendapatkan perintah reman terhadap mereka di Mahkamah Majistret Ampang hari ini," katanya ketika dihubungi Bernama hari ini. - BERNAMA
Nota PH :
Berdasarkan komen2 dari page FB PDRM, ada yang mengatakan penyanyi yang dimaksudkan ialah Zamani Slam...Wallahualam...