PANGKALAN BUN: Empat mayat nahas pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia dibawa oleh helikopter Seahawk SH-60 milik Tentera Laut Amerika Syarikat, mendarat di Lapangan Terbang Iskandar Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan Tengah, tengah hari tadi.
Helikopter itu dipandu juruterbang bersama dua anggota tentera laut yang berpakaian anti-radiasi berwarna putih.
Salah seorang kru kelihatan turun terlebih dahulu untuk berkomunikasi dengan anggota Agensi SAR Nasional Indonesia (BASARNAS) sebelum memindahkan empat beg berisi jenazah itu.
Sebaik diturunkan dari pesawat, keempat-empat beg jenazah berwarna hijau kehitaman itu terus dibawa menggunakan empat ambulans menuju ke Hospital Imanuddin, di sini. - Kompas.com
 |
TENTERA Udara AS mengeluarkan mayat nahas pesawat QZ8501 AirAsia Indonesia dari helikopter Seahawk di Lapangan Terbang Iskandar Pangkalan Bun, Kotawaringin Barat, Kalimantan Tengah, hari ini. - Foto EPA |