Satu gambar keadaan jemaah di Kuala Krai sedang bersedia untuk solat Jumaat ketika banjir besar melanda baru-baru ini telah menjadi viral.
Ada yang mempertikaikan ketulinan gambar tersebut.
Pada hari ini satu video telah menjadi bukti di mana mereka sendiri menceritakan keadaan mereka bersolat di atas bumbung masjid tersebut.
 |
Sidang Jumaat di atas bumbung |
Firman Allah SWT:Firman Allah SWT:
“ | "Wahai orang-orang yang beriman! Apabila diserukan azan untuk mengerjakan solat pada hari Jumaat, maka segeralah kamu pergi ke masjid untuk mengingati Allah [dengan mengerjakan solat Jumaat] dan tinggalkanlah berjual beli [pada saat itu]; yang demikian adalah baik bagi kamu, jika kamu mengetahui [hakikat yang sebenarnya]," (Surah Al-Jumu'ah: 9) |
Terharu bila melihat gambar jemaah di Kuala Krai menunaikan solat Fardhu Jumaat di atas bumbung.
Semoga Allah melimpahkan kurnia kepada kalian dan semoga situasi banjir ini segera surut dan dipermudahkan segalanya di sana.
Nota PH :
Yang suka mempertikaikan sesuatu isu ni biasanya KEYBOARD WARRIOR punya keje...Depa tak pernah rasa susah, depa tak pernah nak memahami orang susah...Sebab tu PH akan BANTAI cukup-cukup Keyboard Warrior kat dalam wall Fanpage PH di Kakimotong Fan Club..Bila kena bantai dalam wall, depa senyap tapi di sebaliknya depa hentam PH kat dalam pm...Tak tahan kena bash dengan komen-komen di wall...
Bila dah ada video banjir ni baru nak malu sendiri...Pastu ada hati nak komen yang murni-murni...
Islam itu mudah..Kat mana-mana boleh solat asalkan tiada najis...Lumpur dan tanah itu bukan najis....Keyboard Warrior ni tak berilmu, sebab tu depa tak tahu...Main cakap jer...