Baru-baru ini ada dilaporkan berlaku satu insiden di mana ada seorang wanita diserang histeria di panggung wayang AEON Tebrau ketika menonton filem Villa Nabila. Bagi diri PH sendiri, inilah insiden seumpamanya yang pernah PH dengar yang membabitkan filem Melayu.
Filem Villa Nabila adalah di bawah arahan pengarah muda, Syafiq Yusof sudah mula ditayangkan di pawagam di seluruh negara pada 15 Januari 2015. Pelakon utama yang menjayakan filem ini ialah Pekin dan Tisya Shamsir.
Sebagai imbasan kembali, seorang remaja dikatakan telah 'hilang' di dalam villa ini pada tahun 2013. Kisah ini menjadi gempar di seluruh negara.
Untuk mengetahui kisah-kisah misteri Villa Nabila ini, boleh baca di sini
( LINK )
Lihat video suasana di mana seorang wanita diserang histeria di dalam panggung wayang ketika menonton filem ini :
Nota PH :
Tak sabar nak tonton filem ni...PH ni 'horror addict'...hehehe
Filem kita, orang kita...Kalau bukan kita yang nak sokong, siapa lagi...!! Seburuk mana filem Melayu PH akan tonton juga...Kritik tu belakang kira...Kalau citer tak best, kutuk kutuk tu standard lah...Tapi PH tengok filem Melayu sekarang banyak perubahan..Jangan bandingkan dengan filem Barat...