Danau Kota - Susulan kemalangan tragis yang membabitkan sebuah pacuan empat roda jenis Pajero dan sekumpulan kereta jenis Perodua Myvi, beberapa orang pemandu terlibat yang juga terdiri daripada ahli Familia Myvi Club telah membuat laporan polis susulan kejadian ngeri itu. Pengadu yang juga merupakan individu yang terlibat di dalam kes kemalangan ini ialah Siti Noor Aini binti Mohd Said, 35 tahun ( Pengadu 1 ) dan Mohamad Fizal Reza bin Jamaluddin, 31 tahun ( Pengadu 2 )
Berikut adalah laporan yang dibuat oleh Pengadu 1 :
PADA 02/05/15 JAM L/KURANG 0030HRS SEMASA SAYA SEDANG MEMANDU M/KAR NO W 5192 F DARI DANAU KOTA MENUJU MONT KIARA SEMASA SAYA BERADA DI DUKE HIGHWAY SAYA MEMANDU DI LORONG KANAN, SAYA MERASAKAN SEBUAH M/KAR JENIS PAJERO BERADA DI SEBELAH KIRI SEAKAN MAHU MASUK KEKANAN. AKIBAT DARI ITU KENDERAAN SAYA TELAH TERBABAS DAN KENDERAAN SAYA HILANG KAWALAN. SELEPAS ITU SAYA SEDAR SAYA BERADA DI ATAS JALANRAYA. SAYA MENGALAMI KECEDERAAN MULUT KOYAK,PEHA KANAN,TANGAN KIRI SAYA DIHANTAR KE HOSPITAL KUALA LUMPUR DAN DI BERI 3 HARI CUTI SAKIT SERTA RAWATAN SUSULAN, MANAKALA KEROSAKAN BUMPER BELAKANG, TAYAR KIRI BELAKANG SERTA LAIN-LAIN KEROSAKAN YANG BELUM DAPAT SAYA PASTIKAN.
Berikut adalah laporan polis dari Pengadu 2 pula :
PADA 02/05/15 JAM LEBIH KURANG 12.30AM SAYA SEDANG MEMANDU MOTORKAR NO WXE 895 DARI H/WAY MRR2 AMPANG MENGHALA PLAZA TOL KARAK MELALUI H/WAY DUKE APABILA SAMPAI DI H/WAY DUKE SAYA BERADA DI LORONG KIRI SAYA TERUS. SEMASA M/KAR NO WYU4430 TERBABAS KE KIRI MELANGGAR DAN NAIK ATAS DIVIDER KIRI. SAYA TIDAK SEMPAT BREK LALU TERLANGGAR BAHAGIAN BAWAH M/KAR NO WYU 4430 LALU M/KAR TERSEBUT TERBALIK BEBERAPA KALI. SAYA MENGALAMI KECEDERAAN RINGAN KEROSAKAN M/KAR SAYA DI BAHAGIAN HADAPAN BUMPER, BONET,LAMPU,MUDGUARD, RADIATOR, PANEL CERMIN BESAR DEPAN, CHASIS DAN LAIN-LAIN KEROSAKAN BELUM PASTI. SEKIAN LAPORAN SAYA
Seorang saksi kejadian turut tampil membuat aduan polis. Muhammad Zaki bin Abdullah, 18 tahun ( Pengadu 3 ). Berikut adalah aduannya :
PADA JAM 02/05/2015 JAM LEBIH KURANG 0130 HRS SAYA MEMANDU M/KAR NO WTC 7088 BERSAMA KAWAN DALAM PERJALANAN DARI EXIT SETIAWANGSA MENGHALA KE EXIT GOMBAK. SEMASA SAMPAI H/WAY DUKE TOL AYER PANAS JALAN TIGA LANE SAYA MEMANDU DI LANE TENGAH. SAYA MENJADI SAKSI DI MANA SEBELUM SAMPAI DI TEMPAT KEJADIAN KEMALANGAN LAGI, DARI AWAL LAGI ADA BEBERAPA M/KAR MO TIDAK PASTI JENIS PERODUA MYVI PELBAGAI WARNA TERDIRI DARI FAMILIA MYVI CLUB DIPERCAYAI BERLUMBA ANTARA SATU SAMA LAIN. ADA DI ANTARA M/KAR TESEBUT CUBA MENCUCUK CUCUK BAHAGIAN BELAKANG M/KAR SAYA UNTUK MELEPASKAN DIRI UNTUK BERLUMBA DAN SAYA TAKUT DAN SAYA TETAP MEMANDU DI LANE TENGAH DAN M/KAR TERSEBUT BERJAYA MELEPASI M/KAR SAYA TERUS KE HADAPAN. DALAM JARAK BEBERAPA SAAT SAHAJA SAYA MELIHAT M/4X4 NO WYU 4430 BERADA DI HADAPAN M/KAR SAYA TELAH TERLIBAT DALAM KEMALANGAN. SEBUAH M/KAR NO TAK PASTI JENIS PERODUA MYVI WARNA KUNING YANG BERLUMBA TADI BERADA DI FAST LANE HILANG KAWALAN TERBABAS LALU MELANGGAR BAHAGIAN KANAN DEPAN M/4X4 YANG BERADA DI KIRI M/KARNYA. M/4X4 TERSEBUT MULA HILANG KAWALAN DAN MASUK KE LANE KIRI DISEBABKAN HENTAKAN KUAT, LALU DILANGGAR DI BAHAGIAN SISI PULA OLEH SEBUAH M/KAR JENIS PERODUA MYVI WARNA PUTIH YANG BERADA DI LANE KIRI WAKTU ITU BERLUMBA JUGA. DISEBABKAN PELANGGARAN KEDUA M/4X4 TERSEBUT TERBALIK DAN MANGSA DI DALAM M/4X4 TERSEBUT 1/L/M, 1/P/M DAN SEORANG ANAK USIA LEBIH KURANG 4 BULAN CEDERA PARAH DIMANA PEMANDU TERSEBUT MENINGGAL DUNIA DI TEMPAT KEJADIAN DISEBABKAN CEDERA PARAH DI KEPALA. SEKIAN REPOT SAYA.
Muhammad Zaki juga mendakwa dia mempunyai bukti video yang menguatkan lagi teori kes bagaimana kemalangan itu boleh berlaku.
Seorang lagi individu mendakwa dia juga adalah saksi kejadian.
Berikut pula adalah 'screenshot' ahli Familia Myvi Club saling berbalas mesej di dalam aplikasi Whatsapp.
Rupa-rupanya ada seorang lagi individu dikatakan telah tampil membuat laporan polis sebagai saksi yang berada di lokasi kejadian kemalangan berlaku. Nama yang disebut-sebut ialah Amirul Rezal Abdul Manan ( dipercayai Pengadu 4 ). Maklumat aduan mungkin hampir sama dengan aduan oleh Pengadu 3.
Sementara itu, salah seorang ahli Familia Myvi Club yang bernama Yana ( dipercayai pengasas ) telah mengeluarkan kenyataan penafian bahawa anak-anak buahnya tidak terlibat di dalam perlumbaan haram seperti yang diperkatakan oleh ramai saksi. Kenyataan penafian dari Yana telah disiarkan di sebuah group Whatsapp yang lain.
Nota Platinum :
PH nasihatkan kepada mana-mana saksi kejadian agar segera membuat laporan di balai polis... Itu lebih gentle daripada sibuk bising di Facebook...Bukannya apa, supaya senang polis nak siasat...Siapa yang punya hak akan terpelihara...Kesianlah kat pemandu Pajero yang arwah tu...Kalau siasatan tak betul sebab ketidakcukupan maklumat, susah waris dia nak claim insurans nanti...Undang-undang tetap menyebelahi mereka yang benar...Siapa yang bersalah pasti tidak akan terlepas dari hukuman walaupun ada 'orang dalam' sekalipun...
- Tarikh berlaku kemalangan sama dengan tarikh lahir Pengadu 1