Shamsudin bin Dali atau lebih dikenali sebagai S. Shamsudin
(1 Januari 1929 - 4 Jun 2013) merupakan pelakon dan pelawak filem Melayu
kelahiran Singapura yang terkenal semasa 1950-an & 1960-an. Beliau lebih
terkenal kerana lakonan watak-watak lucu dalam filem. S. Shamsuddin telah
mendapat didikan daripada bapa mertua P. Ramlee iaitu Daeng Haris.
Keistimewaannya terletak pada gerak badannya yang lincah dan lidahnya yang
petah sewaktu berkata-kata. Telah berlakon beberapa filem antaranya Bujang
Lapok, Antara Dua Darjat dan Panggilan Pulau.
S. Shamsudin dilahirkan di Pasir Panjang, Singapura.
Bapanya, Dali bin Kechik berasal dari Melaka, sementara ibunya, Khatijah binti
Haji Ahmad berasal dari Geylang, Singapura. S. Shamsuddin atau Sudin sebelumnya
bekerja sebagai buruh bagi membantu keluarganya sebelum menyertai bidang
lakonan.
Suatu hari, pada 1948, dia melawat Studio Malay Productions
(MFP) di Jalan Ampas hanya untuk melihat bagaimana