LABUAN: Tiga individu termasuk seorang wanita ditahan kerana menyeludup dadah di sini awal pagi tadi.
Mereka yang turut didapati positif syabu kini direman.
Ketua Polis Daerah Labuan, Superintendan Adzhar Othman berkata, 18 paket dadah sintetik seberat 31.05 gram didapati disembunyikan di dalam coli wanita berkenaan.
Beliau berkata turut dirampas ialah wang tunai berjumlah RM13,607 yang dipercayai hasil dari jualan dadah.
Adzhar berkata dua lelaki terbabit yang berumur 24 dan 29 tahun adalah dari Kampung Lajau dan Kampung Sungai Bedaun di sini sementara wanita berusia 30 itu dari Beaufort.
"Mereka ditahan dalam operasi jala raya di sepanjang Jalan Kinabenua kira-kira 1 pagi," katanya. - BERNAMA
Berita Harian Online
2 Januari 2015