Awani - 6 Januari 2015
KUALA LUMPUR: Semua sedia maklum sesi persekolahan di seluruh negara bagi tahun 2015 ditangguh selama seminggu akibat banjir yang melanda beberapa negeri penghujung tahun lalu.
Sesi persekolahan baharu bagi negeri Kedah, Kelantan, Terengganu dan Johor bermula 11 Januari (Ahad) manakala negeri lain 12 Januari (Isnin).
Meskipun tarikh penangguhan sesi persekolahan diumumkan, cabaran buat ibu bapa tetap sama. Iaitu bagaimana untuk menjadikan hari pertama persekolahan anak-anak mereka bebas dari "tekanan".
Berikut adalah beberapa tips yang boleh membantu: