Polis Kedah sudah membuka kertas siasatan berhubung kes buli seorang mangsa berusia 12 tahun di sekolah rendah, di sini, yang tersebar sehingga menjadi 'viral' di laman sosial Facebook dan Youtube.
Ketua Polis Kedah Datuk Zamri Yahya berkata, pihaknya menerima empat laporan polis berhubung kes itu sejak klip video berkenaan tersebar, kelmarin.
"Kita dapati mangsa dibuli lima pelajar dikenalinya yang juga berusia 12 tahun, namun mangsa tidak mendapat sebarang kecederaan.
"Tiada sebarang laporan diterima berhubung kejadian itu sebelum ini, sehinggalah klip video berkenaan tersebar menjadi viral melalui Facebook dan Youtube dan empat laporan diterima mengenainya, semalam.
"Sehubungan itu, pihak polis sudah membuka kertas siasatan mengikut Seksyen 147 Kanun Keseksaan kerana merusuh tanpa senjata," katanya.
|
Siri gambar yang disunting daripada video terbabit
Harian Metro Online 4 Januari 2015 |