Terlerai sudah kebuntuan yang selama ini ditempuh dengan sabar dan berterusan oleh pasukan BASARNAS. Kotak hitam mana-mana pesawat yang terhempas adalah merupakan elemen penting yang merupakan satu-satunya bukti yang ada bagi melengkapkan siasatan lengkap oleh pakar forensik. Tanpa kotak hitam, siasatan akan menjadi pincang dan tidak lengkap. Kes sukar ditutup sementara waris-waris mangsa pula tegar menunggu laporan lengkap bagaimana kemalangan di udara boleh terjadi dan siapa yang perlu dipersalahkan. Adakah ia berpunca dari kecuaian ataupun faktor alam. Pihak insurans juga memerlukan laporan lengkap bagi membolehkan urusan pembayaran pampasan menjadi lancar. Berdasarkan bukti-bukti yang ada, gambaran bagaimana kemalangan berlaku dapat 'direka' semula menerusi paparan grafik 3D berdasarkan kajian saintifik dan fakta. Sekiranya kalian pernah menonton filem Flight ( Denzel Washington ), pasti kalian tahu apa yang PH maksudkan. Pendek cerita, kotak hitam ini adalah ibarat 'otak pesawat'.
Tiada apa yang boleh tersembunyi darinya kerana segala aktiviti di dalam pesawat termasuklah keadaan cuaca, gaya pemanduan pesawat, ketinggian pesawat ketika berlaku sesebuah insiden, petunjuk arah, keadaan enjin dan juga perbualan di dalam kokpit juruterbang. Berikut adalah paparan grafik yang PH ambil dari myMetro Online sebagai pencerahan bagaimana kotak hitam ini berfungsi dan maklumat am mengenainya.
Nota PH :
Takziah buat waris-waris mangsa tragedi..PH juga tumpang sedih...