PANGKALAN BUN 11 Jan. – Lembaga Pengangkutan Awam Marin Indonesia mengesahkan, kotak hitam pesawat AirAsia QZ8501 telah ditemukan oleh pasukan penyelam hari ini, bagaimanapun usaha untuk mengeluarkannya dari laut gagal kerana objek tersebut dihimpit badan pesawat berkenaan.
Penyelaras badan itu, Tonny Budiono dalam satu kenyataan berkata, urusan pengeluaran kotak hitam di perairan Selat Karimata, Kalimantan Tengah itu akan dilakukan esok.
“Kotak hitam pesawat QZ8501 berjaya dijumpai oleh anggota penyelam dari Kapal Tentera Laut KN Jadayat pada kedalaman 30 hingga 32 meter.
“Namun, objek itu sukar dikeluarkan kerana dihimpit badan pesawat,” jelasnya seperti lapor Channel News Asia.
Utusan Online - 11 Januari 2015