Dalam pada khusyuk menelaah Newsfeed dari rakan-rakan FB, tiba-tiba handphone PH berdering. Ada mesej dari Whatsapp group kawan-kawan PH yang melaporkan bahawa ada kejadian puting beliung telah berlaku di Alor Pongsu, Perak lebih kurang jam 5.30 petang tadi ( 2 Januari 2015 ). Ada dua gambar dikirimkan oleh kawan PH di dalam Whatsapp tersebut.
Bagi PH, gambar ini sangat 'rare' anglenya kerana jurufoto ini seolah-olah berada di bawah pusar angin puting beliung tersebut.
Kemudan PH muatnaik gambar ini ke laman
Fanpage Platinum Media dan ada komen yang mengesahkan laporan tragedi ini benar-benar berlaku. Ia telah menyebabkan 3 buah rumah ranap akibat 'dilibas' angin puting beliung ini.
PH ada juga mencari berita insiden ini di laman-laman portal perdana tetapi tiada berita seumpamanya dilaporkan.
Nota PH :
Entah apa musibah yang melanda negara selepas ini pula...Tahun 2014 adalah tahun getir bagi Malaysia dan kita secara amnya...Semoga di tahun 2015 Malaysia bakal menemui sinarnya semula...