Siapa yang tidak cemburu apabila melihat kereta sebegini diletakkan di depan rumah si polan itu dan si polan ini kan...?? Lebih-lebih lagi jikalau rumah tuan punya kereta ini cuma tinggal di kawasan perumahan teres...Namun usah bimbang kerana senario ini tidak akan berlaku di kalangan rakyat biasa...Harganya di Malaysia paling murah ialah RM4 juta, itupun tidak termasuk duti eksais dan segala macam cukai import...Ada yang mencecah lebih dari RM10 juta..!!!
Bagaimana pula dengan penyelenggaraan bulanan agaknya ya..?? Orang yang mampu memiliki kereta ini hanyalah golongan orang yang kaya dan berada...Golongan ini mempunyai empayar perniagaan yang besar serta kerabat-kerabat diraja...Setahu PH, di antara individu yang memiliki kereta Pagani Zonda ialah Datuk Mokhzani Mahathir dan Tengku Mahkota Johor ( TMJ )....
Jentera moden seberat 1040kg dan kekuatan enjin 800hp, tiada siapa boleh membayangkan betapa lajunya kereta ini melainkan tuan empunya sahaja...
Jom sama-sama kita lihat kehebatan dan kebijaksanaan Allah SWT yang menggerakkan akal serta anggota tubuh badan manusia yang mencipta Pagani Huayra ini, iaitu 'adik' kepada Pagani Zonda...
Jom kita lihat video :
Moral of the story :
Ada duit semua boleh jadi....