Rasulullah saw lahir dan mati pada hari Isnin. Diutuskan menjadi Rasul pada hari Isnin. Wahyu pertama turun juga pada hari Isnin. (Rujuk Sahih Muslim)
Abu Bakar ra benar-benar berharap agar mati pada hari Isnin. Tetapi Allah mencabut nyawanya pada malam Selasa. (Rujuk Sahih Bukhari). ______________________
TGNA guru yang ku hormati dan sayangi. Dia manusia biasa. Dia tidak suka dipuja-puji.
Tidak perlu buat tahlil kenduri arwah buatnya kerana semasa hidupnya dia berdakwah mengajak pada sunnah. Tahlil kenduri arwah adalah amalan jahiliyah.
Kuliah arwah TGNA rahimahullah berkenaan majlis tahlil kematian, moga manusia mengambil manfaat daripada ilmu yg pernah disampaikan arwah, tonton di sini:
Sahih Muslim : Daripada Abu Hurairah ra : Rasulullah saw bersabda, “Apabila salah seorang manusia meninggal dunia, maka terputuslah segala amalannya kecuali tiga perkara; sedekah jariyah, ilmu yang bermanfaat baginya dan anak soleh yang selalu mendoakannya.”
Sumber : Fathi Al-Sakandary, Abu Nur Al-Atsary
Allah. Allah. Allah.
TruthHalal.my : Moga Allah mengampuni dosa-dosa beliau dan merahmati jenazah. Maka dengan ini juga telah wafatnya satu-satunya wakil musnid Malaysia yang meriwayatkan sanad tinggi daripada Maulana Husain Ahmad al-Madani al-Deobandi rh.
Sumber : Truth halal.my