SEPANG: Sebastian Vettel mengejutkan juara dunia, Lewis Hamilton dan Mercedes, hari ini apabila gah menjuarai perlumbaan Formula Satu (F1) di Grand Prix Malaysia PETRONAS 2015.
Ia juga kemenangan pertama buat Ferrari dan Vettel, musim ini selepas mengharungi perlumbaan musim lalu tanpa sebarang kemenangan.
Kali terakhir Ferrari dan Vettel yang juga juara dunia empat kali memenangi perlumbaan F1 ialah 2013.
Kemenangan turut menamatkan dominasi pasukan 'tuan rumah' Mercedes AMG PETRONAS di Litar Antarabangsa Sepang (SIC).
Kedua-dua pelumba Mercedes, Lewis Hamilton masing-masing menamatkan kedudukan di tempat kedua dengan Nico Rosberg melengkapkan kedudukan podium.
"Ferrari kembali, Ferrari kembali," menurut radio pasukan itu.