Harga Minyak Petrol RON95 RON97 Diesel Bermula 1 Mac 2015. Lanjutan daripada pengumuman kerajaan pada 21 November 2014 yang lalu mengenai pelaksanaan sistem apungan terurus, subsidi bahan api untuk RON95 dan diesel akan dikeluarkan pada 1 Disember 2014. Oleh itu harga runcit rasmi Petrol RON95 RON97 Diesel untuk bulan Mac 2015 akan diumumkan pada hujung bulan Februari 2015.
Di bawah sistem ini, purata bulanan harga minyak mentah dunia yang akan menentukan harga runcit bahan api pada bulan berikutnya.
Kementerian Perdagangan Dalam Negeri, Koperasi dan Kepenggunaan (KPDNKK) akan mengeluarkan kenyataan pada hari terakhir bulan Februari 2015 untuk harga runcit rasmi minyak petrol dan diesel di Malaysia bagi bulan Mac 2015.
Dari desas desus di laman sosial, harga RON 95 dan diesel untuk Mac 2015, dijangka akan naik sedikit mengikut harga terdahulu Januari 2015 seiring dengan peningkatan sedikit harga minyak mentah dunia di pasaran sekarang.
Dipetik dari
Berikut adalah jangkaan harga di pam berdasarkan kepada Purata Harga Pasaran daripada 1 ke 22 Februari 2015.
Info |
RON 95
|
Diesel
|
RON 97
|
Anticipated Pump Price
|
1.90
|
1.85
|
2.20
|
Ini berdasarkan trend harga pasaran yang sedang menaik.
HARGA RUNCIT RASMI PETROL RON95, RON97 DAN DIESEL UNTUK MAC 2015
* Harga baharu ini diputuskan mengikut kepada purata harga sepanjang Februari lalu dan kadar tukaran mata wang semasa
Kerajaan mengumumkan harga runcit baharu bagi petrol jenis RON95, RON97 dan diesel dinaikkan 25 sen seliter berdasarkan kaedah pengapungan terkawal mulai jam 12.01 tengah malam ini.
Menteri Perdagangan, Koperasi dan Kepenggunaan, Datuk Seri Hasan Malek, berkata harga baharu itu diputuskan mengikut kepada purata harga sepanjang Februari lalu dan kadar tukaran mata wang semasa.
"Harga runcit baharu yang ditetapkan bagi RON95 adalah RM1.95; RON97 adalah RM2.25 dan diesel adalah RM1.95 setiap liter.
* Harga runcit rasmi minyak Malaysia Untuk Bulan Mac 2015 (Harga bulan Februari Dan Januari 2015 dalam kurungan)
RON95 - RM1.95 sen seliter naik 25 sen (Feb - RM1.70 & Jan - RM1.91 sen seliter)
RON97 - RM2.25 sen seliter naik 25 sen (Feb - RM2.00 & Jan - RM2.11 sen seliter)
Diesel - RM1.95 sen seliter naik 25 sen (Feb - 1.70 & Jan - RM1.93 sen seliter)