Assalamualaikum dan Salam Sejahtera...
Kalau nak cerita pasal salah orang, memang laju jer kan...?? Inilah sikap yang biasa terjadi di dalam peradaban manusia masakini...Bila kita berbuat baik macamana sekalipun, mesti ada orang yang mempertikaikan...Kalau orang yang dipertikai tu jenis manusia yang tinggi egonya, boleh jadi gaduh besar...Tetapi, Rasulullah SAW pernah berpesan bahawa sekuat-kuat manusia itu ialah mereka yang dapat menahan marahnya...
Alkisahnya pada 4 Oktober lepas Afdlin Shauki si Boboy kesayangan PH ni upload satu gambar beliau dengan penyanyi tersohor negara iaitu Jamal Abdillah di kota suci Mekah di Fan Page beliau...Banyak betul jumlah LIKE dan SHARE gambar ni...Komen-komen pula semuanya yang positif belaka...Tengah tersenyum dok tengok Abam Jamal dah botak dan baca komen-komen, tetiber PH terbaca pulak satu komen yang agak potong stim...huh...
Tapi Afdlin tak cepat melatah....Siap berterima
kasih lagi...Dia orang profesional...Level minda dia dah tahap lain...Rilek jer dia jawab dan menunjukkan beliau adalah seorang yang berani menerima kritikan...Tetapi, dia juga berhak mempertahankan tindakannya bergambar dengan Jamal Abdillah...
Biasalah, ada jugalah yang membantai mamat ni tapi nasib baiklah takde caci maki bagai..Mereka pun hormat dan tidak mahu mencemarkan page Afdlin Shauki...
Biasalah...Ini semua CLICHE...Dah kena bantai barulah nak letak ayat manis...Tak nak fikir dulu sebelum komen...
PH pun tergerak nak tengok wall mamat ni...Aduhh..Penuh dengan kebencian dalam bab politik...Buat dosa kering jer PH baca...Terus PH tutup dah...
Nota PH :
Sikap profesional Afdlin Shauki patut kita contohi...Bila ada komen-komen yang agak-agak sengal, letak satu status balas dengan cara berhemah yang 'makan dalam' lepas tu buat tak layan...Biasalah, mana-mana artis pasti akan menjadi perhatian ramai...Buat baik pun orang fikir lain...Kalau buat jahat lagi lah...
Sesungguhnya tidak terlepas seseorang itu dari percakapan manusia...Buatlah apa perkara sekalipun, jangan pedulikan penilaian manusia, sebaik-baiknya fikirkan penilaian dari Allah SWT...
Ada juga rakan-rakan FB PH upload gambar-gambar mereka di Mina tapi komen semua okay jer...Mamat ni mesti kes ostad jadian ni...
Kalau kita tak ada dalam situasi orang tu, diam adalah lebih baik...Yer dop...