Allahuakbar...!!! PH berani jamin individu yang paling berbangga sekali dengan kejayaan Saudari Hazzirah Izzati Mat Hassim ialah ibu dan bapanya sendiri...Terkadang tu terfikir juga macam mustahil jer sebab PH pun baru pertama kali mendengar seseorang mahasiswa yang mendapat PHD di dalam usia yang sangat muda...Tetapi kalau kita lihat secara teliti, semuanya tidak mustahil asalkan segala-galanya kita minta pertolongan dari Allah SWT...Kita hanya melihat kejayaannya, tetapi kita tidak tahu apa kesulitan yang beliau hadapi untuk menempa kejayaan yang sangat besar ini...Semoga kita semua dapat mengambil iktibar dari kisah kejayaan ini...
Dalam entri ini, PH ceduk sikit dari artikel mengenai kejayaan Saudari Hazzirah yang telah disiarkan oleh UTM News ( Link )
************************************************************
Hazzirah Izzati Mat Hassim dilahirkan pada 18 Mei 1990 di
Kota Bharu, Kelantan. Beliau merupakan anak kedua daripada 8 orang adik
beradik, anak kepada pasangan Mat Hassim bin Daud, seorang Penolong Pegawai
Perubatan di Unit Kecemasan, Hospital Tumpat, Kelantan dan Martinawati bt.
Salleh, seorang guru Bahasa Melayu di Sekolah Kebangsaan Kubang Kerian 1.
Hazzirah memulakan pengajian peringkat awal di Sekolah
Kebangsaan Kubang Kerian (1) pada tahun 1997. Pada tahun 1999, beliau menduduki
peperiksaan Penilaian Tahap Satu (PTS) yang membolehkannya
melangkau ke Tahun 5
pada usia 10 tahun. Kelulusan 5A dalam Ujian Penilaian Sekolah Rendah (UPSR)
telah melayakkannya untuk diterima masuk bagi meneruskan pengajian di Maktab
Rendah Sains Mara (MRSM) Kuala Krai pada tahun 2002 selama 3 tahun. Selepas
tamat Peperiksaan Menengah Rendah (PMR) dengan keputusan 8A, beliau memohon
untuk ke MRSM Bitara Pengkalan Chepa bagi meneruskan pengajian tingkatan 4 dan
5. Peluang belajar di MRSM Bitara Pengkalan Chepa dimanfaatkan sepenuhnya
sehingga ditawarkan untuk turut serta dalam Program Ekspress UTM-MARA di
Universiti Teknologi Malaysia (UTM) Johor Bahru : sebaik sahaja tamat
peperiksaan Sijil Pelajaran Malaysia (SPM) pada tahun 2006 dalam usia 16 tahun.
Pemilihan pelajar untuk mengikuti program ini adalah berdasarkan keputusan
peperiksaan percubaan SPM. Beliau kemudiannya mengikuti Program Persediaan
Pra-Ijazah selama enam (6) bulan di UTM Johor Bahru bermula Januari 2007 hingga
Jun 2007. Berdasarkan keputusan SPM (7A1, 3A2) dan keputusan peperiksaan akhir
Program Ekspress UTM-MARA beliau berjaya untuk menyambung pengajian ke
peringkat Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan mendapat pinjaman boleh
ubah dari MARA.
Selepas tiga (3) tahun mengharungi pengajian, beliau berjaya
menamatkan pengajian dan bergraduasi pada Oktober 2010 dan telah dianugerahkan
Ijazah Sarjana Muda Sains (Matematik) dengan Kepujian Kelas Pertama dalam usia
20 tahun. Ekoran daripada itu, pihak MARA telah menukarkan pinjaman boleh ubah
kepada biasiswa penuh. Beliau kemudiannya ditawarkan pula oleh UTM untuk
melanjutkan pengajian terus ke peringkat Doktor Falsafah (Ph.D) di bawah
program Ph.D Fast Track UTM. Beliau menerima tawaran dan memilih untuk
menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains Matematik,
Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang ditawarkan oleh
pihak KPT. Beliau menerima tawaran dan
memilih untuk menjalankan kajian dalam bidang Matematik Tulen di Jabatan Sains
Matematik, Fakulti Sains, UTM Johor Bahru dan menerima biasiswa MyPhD yang
ditawarkan oleh pihak KPT.
Di bawah seliaan Prof. Dr Nor Haniza Sarmin dan Dr Nor
Muhainiah Mohd Ali, objektif utama tesis Ph.D beliau yang bertajuk “The
Homological Functors of Bieberbach Groups with Cyclic Point Groups of Order
Two, Three and Five” adalah untuk menentukan beberapa struktur matematik baru
bagi kumpulan kristalografi bebas kilasan yang dikenali sebagai kumpulan
Bieberbach. Sepanjang pengajian, beliau telah berjaya menerbitkan beberapa
kertas kerja dalam jurnal-jurnal berindeks dan tidak berindeks (lihat lampiran
untuk senarai penerbitan beliau). Selain itu, beliau turut menyumbang dalam
penerbitan buku “Advances in Group Theory, DNA Splicing and Complex Analysis”
melalui dua bab bertajuk “The Nonabelian Tensor Squares of Some 2-Engel Groups”
serta “Homological Functors of Some Finite Two-Generator Two-Groups of
Nilpotency Class Two”. Beliau juga telah berjaya mendapatkan hakcipta dari UTM
untuk projek beliau yang bertajuk “GAP Algorithms on the Computation of the
Nonabelian Tensor Squares and Homological Functors of 2-Engel Groups of Order
at Most 16 (GAP_NTS&HF2E)”.
Bagi meluaskan jaringan penyelidikan yang dijalankan, beliau
terlibat secara aktif dalam kolaborasi penyelidikan bersama penyelidik dari
Universiti Pendidikan Sultan Idris (UPSI). Di samping itu, dalam menyempurnakan
kajian projek Ph.D, beliau telah mengikuti Penyelidikan Sangkutan (Research
Attachment) di bawah penyeliaan penyelidik ternama dari universiti di dalam dan
luar negara termasuk UPSI, Perak pada April 2012, Januari 2013 dan April 2013;
Ferdowsi University of Masshad, Iran pada Januari – Februari 2012, University
of Palermo, Itali pada April 2012 dan University of Brasilia, Brazil pada Mei
2013. Beliau juga telah membentangkan hasil penyelidikannya di persidangan
antarabangsa seperti Iranian Algebra Seminar di Sabzevar, Iran pada Januari
2012 , Biennial International Group Theory Conference di Istanbul, Turki pada
Februari 2013, Asian Mathematical Conference di Busan, Korea pada Julai 2013,
Algebra Seminar di University of Brasilia, Brazil pada Mei 2013 dan Algebra
Seminar di Bandung, Indonesia November 2013. Tidak hanya tertumpu pada akademik
dan penyelidikan, beliau turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di
peringkat Jabatan dan Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program
seperti Bengkel LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP),
Bengkel Penyediaan Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa
termasuk Biennal International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan
pada Februari 2011 dan International Science Postgraduate Conference (ISPC)
pada November 2012. Di samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli
jawatankuasa pelaksana beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik
Malaysia (PERSAMA) seperti Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan
Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Tidak hanya tertumpu pada akademik dan penyelidikan, beliau
turut bergiat aktif dalam persatuan Pasca Siswazah di peringkat Jabatan dan
Fakulti serta terlibat dalam penganjuran beberapa program seperti Bengkel
LATEX, Bengkel Groups, Algorithms and Programming (GAP), Bengkel Penyediaan
Tesis dan Jurnal serta persidangan peringkat antarabangsa termasuk Biennal
International Group Theory Conference (BIGTC) yang diadakan pada Februari 2011
dan International Science Postgraduate Conference (ISPC) pada November 2012. Di
samping itu, beliau turut melibatkan diri sebagai ahli jawatankuasa pelaksana
beberapa program anjuran Persatuan Sains Matematik Malaysia (PERSAMA) seperti
Olimpiad Matematik Kebangsaan (2010-2014) dan Anugerah PERSAMA (2010-2012).
Pada 1 April 2014, Hazzirah telah menjalani Peperiksaan
Lisan bagi pengajian Doktor Falsafahnya dan tesis Ph.D beliau telah diluluskan
dengan pembetulan kecil. Setelah menyiap dan menghantar pembetulan tesis,
beliau telah diperakukan oleh Jawatankuasa Senat UTM dan lulus Ijazah Doktor
Falsafah pada usia 24 tahun 2 bulan.