Susulan pelepasan air di empangan Bang Lang, Yala, penduduk tempatan tidak melepaskan peluang menyaksikan detik-detik bersejarah di mana amat jarang sekali pintu empangan dibuka dan air dilepaskan. Suasana ini mungkin berlaku hanya dua hingga kali sahaja seumur hidup.
Namun sesuatu yang tidak dijangka telah berlaku pada detik 26 Disember di mana seekor ikan patin gergasi telah berjaya ditangkap oleh penduduk tempatan.
Saksikan sendiri foto-foto di bawah.
Nota PH :
PH pun tak pernah tengok lagi ikan patin sebesar tu...Tapi pada hemah PH la kan, patutnya tak payahlah nak ditangkap bawak naik ke darat...Kalau 'catch and release' tu OK la kalau tak tahan nak selfie sangat...Ikan patin tu makan masa bertahun nak hidup sampai jadi besar macam tu tapi akhirnya mati sia-sia kerana ditangkap oleh manusia...
Ikan patin yang besar macam ni isi dia dah tak sedap nak dimakan dah...Tulang dia pun dah besar penyapu lidi...Sedangkan ikan patin yang seberat 13kg pun dah rasa pasir isi dia...Kalau ikan patin yang bersaiz biasa tu OK la jugak kan...?? Yang 3-4 kilo tu...Masak tempoyak pun sedappp...