Yala - Air yang dilepaskan pada 26 Disember lepas dari empangan Banglang - Bendang Setar - Yala disahkan tidak sampai ke Kelantan atau Sungai Golok - Rantau Panjang. Air yang dilepaskan ini dikatakan menuju ke Wilayah Patani dan seterusnya menuju ke laut. Perkara ini dinyatakan oleh pengendali laman Facebook Voice of Patani
( LINK ).
Khabar yang tersebar di laman sosial telah menyatakan bahawa pelepasan air ini juga adalah bagi mengelakkan risiko tembok konkrit empangan retak dan berisiko tinggi untuk pecah berikutan paras yang semakin tinggi dan mula melimpah keluar. Sekiranya ini berlaku, implikasinya sangat besar dari segi kos, kerosakan harta benda dan mungkin juga kehilangan nyawa.jika ia berlaku secara tiba-tiba.
Aktiviti pelepasan air ini juga dipantau dan diperhatikan oleh pasukan unit udara yang bersiap siaga menghadapi sebarang kemungkinan.
Namun aktiviti ini dikatakan telah memburukkan lagi keadaan di kawasan darat di selatan Thai di mana air yang dilepaskan dikatakan melimpah sehingga ke jalan raya
( rujuk Rosacalla ). Di dalam
Bangkok Post pula, pelepasan air empangan ini akan mengakibatkan paras air di Sungai Patani akan meningkat dan melimpah ke kawasan penempatan di Yala.
Di laman sosial Facebook banyak tersebar khabar angin bahawa pelepasan air ini bakal memberi kesan buruk kepada Kelantan. Berdasarkan kenyataan dari status di laman Facebook
Voice of Patani, pengendali laman berkenaan menyatakan bahawa pelepasan air tidak sampai ke Kelantan. Walau bagaimanapun, sehingga kini masih belum ada kenyataan rasmi yang dikeluarkan dari pihak berkuasa di Thailand yang memberi jaminan negeri Kelantan bebas dari pelepasan sebanyak 30 juta meter padu air dari empangan tersebut.
Berikut adalah rakaman video dari lokasi pelepasan air empangan :