SENIMAN Ahmad Nisfu antara aktor Jalan Ampas yang cukup kita
kenali sedari kecil lagi kerana beliau banyak membintangi filem-filem Tan Sri
P.Ramlee. Tapi bagi Ayie sebab paling utama kenapa orang mengingati beliau
kerana watak-watak lakonannya yang sangat berkesan, dengan dialog yg cukup
bersahaja dan mengelikan hati.
“Walaupun rupa mu tidak ku kenal, tetapi lubang hidungmu
tetap
Petikan dialog Ajis lakonan Datuk Aziz Sattar cukup MELEKAT
dalam kepala kita melalui filem Seniman Bujang Lapok, ucapan yang ditujukan
kepada Tuan Director lakonan Ahmad Nisfu benar2 buat kita ketawa
terbahak-bahak.
Seniman Ahmad Nisfu Meninggal Dalam Serba Kedaifan Dan
Sebatang Kara
Mengikut arwah Norizan bekas isteri kepada P. Ramlee (dalam
satu rancangan tv), Ahmad Nisfu merupakan antara
teman rapat kepada P.Ramlee.
Buktinya cukup nyata apabila sewaktu kemeriahan studio Jalan Ampas dahulu,
setiap filem arahan P.Ramlee, Ahmad Nisfu boleh dikatakan kerap terlibat sama
dan memegang watak agak besar. Gelaran Paq Besaq (Pak Besar) juga telah
diberikan kepada Ahmad Nisfu oleh P. Ramlee kerana lubang hidung Ahmad Nisfu
yang besar.
putera gahara gagah perkasa
Pelakon yang berasal dari Tanjong Takong, Pulau Pinang ini
pada awalnya ialah seorang pelakon bangsawan dan telah dilamar oleh Shaw
Brothers untuk terlibat sama dalam produksi sebagai pelakon filem. Dari situlah
bermulanya kerjaya Ahmad Nisfu sebagai pelakon filem.
Walaupun hanya memegang watak pembantu, Ahmad Nisfu seorang
yang sentiasa bersyukur walaupun upah yang diterimanya adalah terlalu kecil.
Hakikatnya, wang gaji yang diperolehi digunakan untuk menyara dirinya seorang
kerana Ahmad Nisfu hidup sebatang kara, tiada isteri, saudara mara atau
keluarga ketika di Singapura.
Aktiviti sosial Ahmad Nisfu hanyalah dengan beramal ibadat
di masjid di kawasan tempat tinggal beliau dan juga di sekitar studio Jalan
Ampas. Ahmad Nisfu seorang yang pandai mengaji Al-Quran. Beliau juga merupakan
seorang bilal masjid di tempat beliau menetap dahulu.
Hilang Punca Mata Pencarian Hidup
Sehinggalah penutupan Studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu telah
mendedikasikan titik peluhnya dalam dunia lakonan filem-filem melayu. Namun
selepas penutupan studio Jalan Ampas, Ahmad Nisfu mula hilang punca mata
pencarian hidup. Filem Puaka antara filem2 terakhir lakonan beliau.
putera gahara gagah perkasa
di kubu perang atau pillbox seperti inilah Ahmad Nisfu
meninggal dunia
Meneruskan Hidup Dengan Bantuan Ehsan Dari Orang Ramai
Disebabkan tiada lagi punca rezeki tambahan pula usia yang
sudah tua, Ahmad Nisfu hidup dengan bantuan ehsan dari orang ramai. Kerana
tiada pendapatan juga, Ahmad Nisfu memilih untuk tinggal di kubu perang atau
pillbox di Jalan Labu. Di situ jugalah tempat beliau menghembuskan nafas
terakhirnya di dalam keadaan yang sungguh daif keseorangan tanpa saudara mara
mahupun ahli keluarga.
Pernah Menjadi Imam Untuk Seketika
putera gahara gagah perkasa
20 persen - babak dari filem 3 Abdul
Setelah tidak bermain wayang lagi, Ahmad Nisfu sering berada
dikedai kopi dipersimpangan Joo Chiat, Geylang Road dan Changi Road. Di kedai
kopi itu juga dulunya tempat pelakon tambahan, Shaw dan Cathay berkumpul. Dari
situlah mereka diambil menjadi ‘pak pacak’ dgn gaji $5.00 ringgit sehari!
Selain meluangkan masa disitu, beliau juga sering keseberang
jalan untuk menikmati ‘sop kambing’ kegemarannya. Kedai sop itu terletak di
lorong masuk ke restoran Osman Ghani yang terkenal di Geylang Serai dengan kari
ikan dan dalca rusuk kambing.
Ahmad Nisfu juga pernah menjadi imam di Masjid Onan Road
(sudah tiada lagi). Mungkin kerana keuzuran beliau tak lama menjadi imam
disitu. Kerana usia tua, dia hidup berteduh dikubu perang di Jalan Labu tidak
jauh dari Masjid Aminah di Jalan Nanas off Geylang Serai. Lama dia tinggal
bersendirian disitu menerima ehsan orang kampung di sekeliling. Tidak lama
kemudian dia meninggal, setelah beberapa lama hidup sebatang kara dalam
kedaifan.
putera gahara gagah perkasa
Antara Filem-filem lakonan Allahyarham
Nujum Pak Belalang, Musang Berjanggut, Pendekar Bujang Lapok
(1959), Antara Dua Darjat (1960), Seniman Bujang Lapok (1961), Ibu Mertuaku,
Laila Majnun, Siti Muslihat, Tun Fatimah (1962), Nasib Si Labu Labi (1963),
Tiga Abdul, Madu Tiga (1964), Dua Kali Lima (1966), Bunga Tanjung, A Go Go 67
(1967), Filem Puaka (1970) dan Mat Karung Guni (1971)
p/s : Ada juga mereka yang setelah membaca kisah menyayat
hati nasib seniman2 filem melayu terus tak sanggup lagi melihat filem lakonan
mereka. Ayie rasa itu tak sepatutnya berlaku kerana filem2 itulah HARTA yang
mereka tinggalkan untuk kita. Mereka tidak meninggal dengan kemewahan harta
benda tapi mereka meninggal dengan hasil khazanah seni lakonan bermutu yang
terus dapat dinikmati dari generasi ke generasi. ~ PGGP
http://ayie-puteragahara.blogspot.com/2013/01/riwayat-menyayat-hati-aktor-ahmad-nisfu.html?m=1