Datuk Abdul Aziz bin Sattar atau lebih dikenali sebagai Aziz
Sattar (8 Ogos 1925 - 6 Mei 2014) merupakan salah seorang seniman serba boleh.
Beliau telah terbabit dalam bidang seni sebagai pelakon, pengarah filem,
pelawak dan penulis skrip sepanjang kerjaya beliau.
Beliau dilahirkan di Desa Pakalongan, Pulau Bawean (Boyan),
Kabupaten Gresik (Masa itu: Soerabaja) Provinsi Jawa Timur, Indonesia pada 8
Ogos 1925. Beliau mendapat pendidikan di Sekolah Melayu Kota Raja, Singapura.
Sejarah hidup Aziz di Tanah Melayu bermula ketika berusia
tiga tahun, apabila dia mengikut bapanya, Sattar Sawal dan ibunya, Satimah
Jalal, berhijrah ke Singapura pada 1928. Dibesarkan di kampung Pasir Panjang,
di situlah dia mempunyai dua kawan rapat yang turut menjadi pelakon terkenal -
Allahyarham Salleh Kamil dan Allahyarham Shariff Dol.
Aziz mendapat pendidikan Sekolah Melayu sehingga darjah
lima. Dia tidak dapat menyambung pelajarannya ketika zaman
pendudukan Jepun di
Malaya. Pada umur seawal 10 tahun, beliau yang merupakan pelawak semulajadi
telah mula menyanyi dan menari semasa majlis perkahwinan dan kenduri-kenduri di
kampung. Dalam usia awal 20-an, dia menjadi pemandu lori dengan gaji sebanyak
RM150.
Pada usia 15 tahun, Pak Aziz pernah diseksa askar Jepun
kerana dituduh mencuri. Malah, beliau pernah merengkok dalam penjara selama
enam bulan bersama ayah Seniwati Roseyatimah, Wak Jasni, kerana disyaki
terbabit dalam kes rusuhan Natrah (Bertha Hertogh) di Singapura pada 1950.
Pada tahun 1950 beliau pernah menganggotai Pancaragam Suara
Hiburan Keroncong, dan pada September 1951 berkerja di Studio Jalan Ampas, Singapura.
Kehidupan Aziz mula berubah pada 1952 apabila dia diajak dua teman sekampungnya
bekerja di studio Malay Film Productions. Pada peringkat awal, dia sekadar
bekerja sebagai juru alihsuara. Namun, dia terkejut kerana gajinya ketika itu
jauh lebih rendah berbanding kerjanya sebagai pemandu lori iaitu hanya RM70
sebulan . Pada 1953, dia dipelawa berlakon sebagai watak tambahan dalam filem
Putus Harapan. Filem pertama beliau membawa watak penting adalah filem Arjuna,
diikuti siri Bujang Lapok dan filem Aksi Kucing.
Beliau juga merupakan salah seorang daripada ahli Kumpulan
Panca Sitara versi 1990-an, bersama Allahyarham Datuk Ahmad Daud, Allahyarhamah
Normadiah, Allahyarham Aziz Jaafar dan Allahyarham Nasir P Ramlee.
Pak Aziz pernah empat kali berkahwin tetapi hanya dua
pernikahannya saja yang lebih diperkatakan iaitu bersama Siti Rumina Ahmad
(isteri ketiga bercerai) dan Seniwati Dayang Sofia (isteri keempat - bercerai).
Hasil perkongsian hidup, beliau dikurniakan tujuh anak, 19
cucu dan lima cicit.
Bilangan Anak :7 orang
Ruzaiman
Ruzaidah
Ruzainah
Zainuddin
Dahlia
Dalina
Sandakiah
Pada 16 Disember 2006, Datuk Aziz Sattar berkahwin dengan
Datin Hashimah Delan. Pasangan itu dinikahkan Pendaftar Nikah, Khairuddin
Haiyon di Masjid Sultan Abdul Aziz, Shah Alam dengan mas kahwin RM100.
Filem lakonan
Putus Harapan (1953)
Mangsa (1953)
Hati Iblis (1953)
Jasa (1954)
Arjuna (1954)
Kipas Hikmat (1955)
Ribut (1956)
Putera Bertopeng (1957)
Bujang Lapok (1957)
Hantu Jerangkong (1957)
Hantu Kubur (1958)
Filem Anak Pontianak (1958)
Nujum Pak Belalang (1959)
Raja Laksamana Bentan (1959)
Pendekar Bujang Lapok (1959)
Sumpah Wanita (1960)
Ali Baba Bujang Lapok (1961)
Seniman Bujang Lapok (1961)
Siti Muslihat (1962)
Labu Labi (1962)
Nasib Labu Labi (1963)
Pilih Menantu (1963)
Siapa Besar (1964)
Mambang Moden (1964)
Takdir (1965)
Pusaka Pontianak (1965)
Sri Andalas (1966)
Aksi Kucing (1966 Malay Film Productions Ltd)
Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
Da Di Du (1981 Indra Film Production)
Darah Satria (1983)
Bujang Lapok Kembali Daa (1986)
O.K Orang Kampung Otak Kimia (1990)
Filem lakonan :
Queen Control (1992)
Tarik-Tarik (1993)
Abang 92 (1993)
Simfoni Duniaku (1994)
Suami, Isteri dan .....? (1996)
Layar Lara (1997)
Jibon (1998)
Embun (filem) (2002)
Soalnya Siapa? (2002)
Pontianak Harum Sundal Malam (2004)
Filem Father (2004)
Pontianak Harum Sundal Malam II (2005)
Cicak-Man (2006)
Anak Halal (2007)
Setem (2009)
Momok The Movie (2009)
Kecoh Betul (2010)
Filem arahan :
Keluarga Si Comat (1975 Sabah Film Production)
Si Badol (1979 Sabah Film Production)
Prebet Lapok (1979 Indra Film Production)
Penyamun Tarbus (1980 Indra Film Production)
Da Di Du (1981 Indra Film Production)
Setinggan (1982)
Darah Satria (1983)
Tujuh Biang Keladi (1984 Nirwana Film Production)
Bujang Lapok Kembali Daa (1986)
Perawan Malam (1986)
Tak Kisahlah Beb (1988)
Filem O.K. (Orang Kampung Otak Kimia) (1989)
Filem Adik (1990)
Simfoni Duniaku (1994)
Gelora Cinta
Filem Father (2004 Pengarah bersama S Baldev Singh)
Filem Maaria (2005 Pengarah bersama S Baldev Singh)
Stok Lama (2008) bersama S. Shamsuddin
Pencapaian dan Anugerah :
Tarikh Anugerah/Penghormatan
1981 Filem Komedi Terbaik, Filem Festival Malaysia ke-2.
(Filem: Penyamun Tarbus)
1990 Ahli Mangku Negara, Agong.
1994 Anugerah Seniman Veteran, Filem Festival Malaysia
ke-11.
2000 Menerima "Tokoh Budaya Kolej Burhanuddin
Helmi" dari Universiti Kebangsaan Malaysia
2000 Anugerah Seniman Veteran (Lelaki), Anugerah Bintang
Popular 2000.
2007 Darjah Panglima Jasa Negara (PJN) sempena Hari
Keputeraan Yang di-Pertuan Agong Tuanku Mizan Zainal Abidin
Profesional/ahli persatuan :
Bendahari, Persatuan SENIMAN.
1994-1996 Pengerusi Jawatankuasa, GAFIM
1997 Pengerusi Jawatankuasa Penerangan, Festival Filem
Malaysia ke-13.
... - 2014 Presiden Persatuan Bawean Malaysia (PBM)
Meninggal dunia :
Aziz Sattar mengembuskan nafasnya yang terakhir pada 6 Mei
2014, kira-kira jam 2.00 pagi di Pusat Perubatan KPJ Kajang akibat penyakit
jantung.