Siapa tak kenal Mydin. Mydin sekarang dah lain. Ingat Mydin,
mesti ingat tagline 'Mengapa Bayar Lebih? Belilah Dengan Harga Borong ! Macam
aku duduk di Ipoh, selalu la tiap-tiap bulan lebih kurang tiga empat kali
datang 'shopping' barang keperluan.
Wife aku suka sangat laksa dekat Mydin. Kadang-kadang
teringin, bawak jer pegi sane. Hehe
Jalan-jalan kt Mydin, kat tingkat 2 jumpa seksyen untuk jual
buku. Wah..Mydin sekarang dah lain, semua barang ade. Kebetulan aku ternampak
sebuah buku 'Mydin Di Sebalik Tabir'. Aku pun beli la sebab harge die xmahal
sangat pun.
Meh aku kongsi sket ape yang menarik pasal buku ni k. Kalau
korang nak tahu, Legasi Mydin ni sebenarnya mula bertapak di Kota Bharu. Bangge
orang Kelate boh !
Ingat Mydin mula-mula start terus-terus grand macam skang
ke. No no no brader. Mydin mula dengan menyewa 1/4 rumah kedai di Jalan Tok
Hakim. Lepas 2 dekad, baru Mydin menyewa kedai batu beb.
Ok, korang rase Mydin jual barang ape mase die mula2 start
dulu?
Jawapannya, adalah BARANG PERMAINAN. Korang ingat start2
jual barang runcit macam skang ke. Xpercaya kan tapi korang kena percaya. Mesti
ramai yang ingat die start jual 'minyak attar kan.
Daripada keuntungan jual barang permainan inilah, Mydin mula
menambah barang-barang yang dijual seperti kepada pemetik api, belon, jarum
jahit mesin, jarum jahit tangan & kad permainan Aladdin yang dikirim
melalui pos daripada bapanya di Pulau Pinang.
Nampak tak. Mydin memulakan perniagaan yang diminati iaitu
peruncitan, dan beliau memulakan dengan menjual 'barang permainan' yang
mendapat permintaan yang tinggi. Boleh baca post aku sebelum ni yang
menceritakan pasal MINAT + PERMINTAAN = KEUNTUNGAN.
Untuk menjadi peniaga berjaya, kita mestilah mampu melihat
PELUANG di sebalik kesukaran yang melanda. Ketika berlaku banjir di Kota Bharu
pada tahun 1966, secara logiknya perniagaan akan mengalami banyak kerugian dan
banyak kedai di bandar terpaksa ditutup.
TETAPI, Tuan Mydin memilih untuk terus membuka kedai beliau
dengan menjual pelampung, payung, baju hujan, lampu suluh, bateri lilin dan
mancis yang mendapat PERMINTAAN sangat tinggi sehingga memaksa beliau untuk
menambah stok dengan cepat dan membuka kedai lebih masa.
Dapat la serba sedikit ILMU yang aku kongsikan melalui
pembacaan buku ni. Aku sarankan kepada yang berminat dalam perniagaan cuba-cuba
la dapatkan buku ni. Xrugi membaca Kisah Kejayaan Legasi Mydin..Hehe
Sumber :
http://abdullahamran.blogspot.com/2013/01/rahsia-perniagaan-mydin-mydin-di.html?m=1