|
Rozaini dan Asiah menerima bantuan makanan daripada kakitangan Sinar Prihatin di Tanah Merah. |
TANAH MERAH - “Rumah saya hanyut dibawa arus deras banjir,” luah suri rumah anak empat sebaik sahaja kaki tangan Sinar Prihatin di bandar Tanah Merah.
Dengan linangan air mata, Rozaini Ibrahim, 39, dia dan jiran, Asiah Awang Kechik, 40, menangis menceritakan detik kehilangan rumah sewanya.
“Awal pagi Rabu lalu, kami bergegas meninggalkan rumah sehelai sepinggang setelah air naik mendadak.
“Semasa berada di pusat pemindahan, suami memberitahu dia lihat rumah kayu kami hanyut dalam arus deras,” kata Rozaini kepada Sinar Harian, di sini.
Tinjauan Sinar Harian mendapati, di lokasi yang sama, empat rumah lain berdekatan turut hanyut dalam arus deras.
Manakala di beberapa penempatan masih digenangi banjir dan kawasan di sekitar bandar Tanah Merah dipenuhi lumpur.
Ramai penduduk masih ditempatkan di pusat pemindahan antaranya di Sekolah Menengah Kebangsaan Belimbing, di sini dan buat masa ini menunggu air surut untuk pulang ke rumah halaman masing-masing.
Rata-rata dalam kalangan mereka masih sibuk membersihkan lumpur di kawasan rumah dan paling memerlukan bekalan air dan elektrik.
Sinar Harian Online
Habsah Ismail
30 Disember 2014
Nota PH :
Kesian betul..PH cuba untuk memahami kesedihan mereka tetapi tak mungkin PH akan dapat memahami sepenuhnya. Semoga mangsa-mangsa banjir diberikan ketabahan oleh Allah SWT. Sama-sama kita doakan.