Kuala Lumpur: “Kami kini meneruskan siasatan penyebaran berita palsu berhubung banjir di Pantai Timur dalam dua kes lagi. Kes pertama adalah berita palsu kematian ramai mangsa banjir yang kononnya disorok oleh kerajaan.
“Kami sudah mengenal pasti individu yang boleh membantu siasatan ini. Untuk kes kedua pula membabitkan tiga lagi individu yang kami sudah kenal pasti berkaitan penyebaran berita palsu kematian 10 mangsa di Kuala Krai yang dipetik sumber kononnya daripada sebuah stesen berita,” kata Pengerusi Suruhanjaya Komunikasi dan Multimedia Malaysia (SKMM), Datuk Mohamed Sharil Tarmizi.
Menurutnya, mereka yang diminta untuk tampil membantu siasatan adalah seperti berikut:
1. Norizan binti Osman (No MyKad: 660113-03-5810). Alamat terakhir: A-1-6 Desa Bangsawan Jln 27/117A, Off Jln Budiman, Bandar Tun Razak, Cheras 56000 Kuala Lumpur
2. Siti Hawa binti Mat Yunan (No MyKad: 940125-03-5320). Alamat terakhir: Kg Seneng Jelawat, Bachok 16370 Kelantan
3. Nik Hasnan Izani bin Husain (No MyKad: 750923-03-6275). Alamat terakhir: Kampung Bukit Mas, Tanah Merah 17500 Kelantan
4. Raja Rubiah binti Raja Abu Bakar (No MyKad: 600106-01-5286). Alamat terakhir: No. 21, Jalan Jaya 1, Taman Jaya, Bandar Tun Razak, 56000 Kuala Lumpur
Katanya, mereka diminta untuk menghubungi pegawai penyiasat SKMM, Mohamad Syukri Jamaluddin (019-2869515) atau Rafina Mimi Muhammad (019-2869471) dengan segera.
Sementara itu, Mohamed Sharil mengesahkan Empat individu tampil di pejabat SKMM untuk memberi keterangan berhubung penyebaran berita palsu berkaitan keruntuhan Pusat Pemindahan Sekolah Manek Urai, Kelantan.
Katanya, siasatan menyeluruh berhubung perkara itu akan dikemukakan kepada Jabatan Peguam Negara untuk tindakan selanjutnya.
Harian Metro Online
30 Disember 2014