KUALA LUMPUR - Polis Diraja Malaysia (PDRM) mengesan sebaran maklumat melalui aplikasi Whatsapp yang meminta agar orang ramai berhati-hati, kononnya terdapat sekumpulan warga Myanmar di sekitar Bukit Mertajam, Pulau Pinang akan menculik wanita memakai tudung untuk dilapah.
PDRM hari ini mengesahkan bahawa maklumat tersebut adalah palsu dan disebarkan oleh pihak yang tidak bertanggungjawab, bertujuan menakutkan orang ramai.
Kenyataan PDRM turut menasihatkan orang ramai agar tidak mudah percaya dengan maklumat-maklumat yang tidak berasas yang boleh membangkitkan ketidaktenteraman di kalangan masyarakat.
Wartawan Sinar Harian
27 Disember 2014
Nota PH :
PH pun dah banyak kali dapat Whatsapp ni...Dalam Newsfeed FB pun ada...Tak tahulah apa faedahnya si penyebar maklumat palsu tu buat kelaku macam tu...Menghabiskan kuota internet ade la...
Perkara ni dah lama, tapi baru sekarang polis keluarkan kenyataan...Tahu tak kenapa..?? Sebabnya pihak polis telah pun membuat risikan dan penyiasatan sehingga ke akar umbi...Memang tugas mereka membuat sedemikian sekiranya ada berlaku khabar jenayah sulit yang telah menjadi viral terutamanya kes-kes pembunuhan bersiri...Takde orang repot pun mereka ada unit khas yang menyiasat akan kebenaran khabar tersebut...Jika kenyataan rasmi telah dikeluarkan oleh pihak polis, In Shaa Allah ianya memang khabar angin semata-mata...Tiada apa yang boleh disembunyikan daripada polis kerana mereka sememangnya anggota yang terlatih...
Tetapi hati-hati juga la yer...Manusia zaman sekarang ni ramai yang dah gila...