Luar Negara - Pada awal minggu lepas, seorang hos radio yang bernama Dr. Laura Schlessinger telah mengeluarkan kenyataan yang berbau diskriminasi di mana dia telah menyarankan agar anjing berbaka Pitbull dilupuskan atau dibunuh. Alasannya ialah hanya kerana tidak ramai orang yang mahu membela anjing tersebut dan ramai manusia yang membuang mereka. Kenyataan tersebut bagaimanapun memakan dirinya sendiri kerana dikecam teruk oleh pencinta haiwan terutamanya pencinta anjing baka tersebut.
Kenyataan itu dikeluarkan selepas beliau mengunjungi sebuah pusat perlindungan haiwan yang mana 95% di dalamnya adalah anjing berbaka Pitbull. Dia juga berpendapat kesemua anjing baka tersebut patut dilupuskan kerana 'pembaziran tempat' dan tiada siapa yang mahukan mereka.
"Now I know this is going to get somebody angry, but I think they should all be put down."
Berikut adalah lagi kenyataan yang mengguris hati pencinta anjing baka Pitbull :
Such dogs are "taking up space," she continued, going on to say she informed a shelter worker that she "didn't feel like giving money" since "all this money donated is going to feed pit bulls" whom "nobody wants."
Tambahnya hos radio Sirius XM tersebut :
"people are grinding out pit bulls and dumping them... So don't walk around with a pit bull because no one will talk to you. Unless it's somebody else with a pit bull. And then the two of them, I don't know, will fight? I don't know."
Dari kenyataan ini, salah satu syarikat pengiklanan telah menarik balik iklan produknya dari diiklankan di dalam segmen rancangannya. Dr. Laura dihujani dengan ribuan panggilan telefon dan emel yang rata-ratanya mengecam beliau. Sebuah petisyen online yang mengecam beliau juga telah dibuat ke atas Dr. Laura ( LINK )
Berikut adalah rakaman video di Youtube mengenai percakapan beliau di radio yang mencetuskan kemarahan ramai orang :
Walaubagaimanapun, beliau telah membuat kenyataan permohonan maaf secara terbuka di dalam akaun laman sosialnya. Ada sesetengah orang menerima kenyataan maaf tersebut namun ada juga yang tidak.
After reading the emails from pit bull lovers, I realize that my comments were hurtful. I apologize for causing any pit bull owner/fancier any distress.
Kenyataan kontroversi Dr. Laura ada yang disokong oleh peminat beliau dan mempertahankan stigma iaitu bersetuju anjing baka Pitbull memang patut dilupuskan kerana berbahaya.
Sumber : Examiner.com
Penny Eims ( Dog News Examiner )
Nota PH :
Tu laaa...Nak bercakap tu pandang kiri kanan depan belakang...Jangan cakap ikut kepala lutut..Bila dah terhantuk baru nak tengadah...Yang herannya, zaman sekarang ni ramai betul manusia yang bebal macam ni...
MELUPUSKAN ANJING BUKANLAH SATU JALAN PENYELESAIAN YANG BIJAK.