Seumur hidup PH, rasanya belum pernah lagi PH melihat gambar sekolah ditenggelami air sehingga paras yang tidak dapat dijangkau oleh akal fikiran. Namun segala-galanya bukanlah mustahil bagi Allah SWT. Sekolah Kebangsaan Manik Urai Lama di Kuala Krai ditenggelami sehingga paras tingkat tiga yang juga menghampiri ke paras tingkat empat sekolah tersebut. Yang lebih membimbangkan hampir 500 orang mangsa banjir telah terperangkap di dalam tingkat empat.
Dengar khabarnya, mangsa yang terperangkap telah putus bekalan dan minuman sehingga memaksa mereka memasak air lumpur untuk diminum.
Pihak komando ATM menggunakan teknik 'winching' di dalam melaksanakan tugas-tugas mereka turun dari udara ke dan menyusup masuk ke sekolah terbabit.