|
PESAWAT AirAsia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini.
KUALA LUMPUR: Pesawat AirAsia Indonesia QZ 8501 dari Bandara Juanda Surabaya ke Singapura yang membawa 155 penumpang terputus hubungan pagi ini, menurut media Indonesia. |
Menurut laporan Detik.com, pesawat itu yang berlepas pada 5.20 pagi Waktu Indonesia Barat (WIB), dilaporkan hilang di ruang angkasa Pulau Kalimantan.
Kompas.com turut melaporkan insiden itu.
Menurutnya, pesawat berkenaan sepatutnya tiba di Singapura pada jam 8.30 pagi waktu tempatan.
Agensi Mencari dan Menyelamat Republik Indonesia pula menyatakan ia menerima laporan bahawa pesawat Airbus dengan nombor pendaftaran PK-AXC itu terputus hubungan pada jam 6.17 pagi (7.17 pagi waktu Malaysia) ketika berada di ruang udara di Teluk Kumai, Kalimantan Tengah.
Menurut Staf Khusus, Kementerian Perhubungan Indonesia, Hadi Mustofa, faktor cuaca buruk antara kemungkinan kehilangan pesawat AirAsia itu.
Penerbangan berkenaan membawa 155 penumpang serta tujuh anak kapal.
Difahamkan seorang daripada penumpang adalah rakyat Malaysia, seorang rakyat Singapura, tiga rakyat Korea Selatan dan selebihnya rakyat Indonesia.
Berita Harian
28 Disember 2014
Nota PH :
Lepas satu musibah, satu lagi musibah yang datang...