Seramai empat individu ditahan mengikut Seksyen 279 Kanun Keseksaan kerana memandu secara berbahaya dalam Ops Penguatkuasaan Trafik Cegah Samseng Jalan Raya dan Ops Mabuk yang bermula dari jam 11.30 malam hingga 7 pagi semalam.
Ketua Bahagian Ketenteraman Awam dan Trafik Ipoh, Deputi Superitendan Wan Sharuddin Wan Omar berkata, polis membuat sekatan di Jalan Sultan Idris Shah, Jalan Raja Musa Aziz, Jalan Hospital dan Jalan Raja Dihilir.
Sebanyak 11 buah motosikal ditahan atas pelbagai kesalahan antaranya tiada lesen memandu, cukai jalan dan insurans tamat tempoh dalam operasi tersebut.
SUMBER : SINAR HARIAN
 |
Keratan akhbar Sinar Harian |
Nota PH :
Samseng ni ada macam-macam jenis..Ada samseng kampung, ada samseng kebun, ada samseng kedai mamak, ada samseng snooker dan macam-macam samseng lagilah...!!! Samseng Samsung pun ada...Kerja dia dok curik display tablet Samsung kat kedai gajet...
Tapi yang antara yang berbahaya ialah samseng jalanraya...Kita tak kenal dia tiba-tiba jer mengamok tak tentu pasal...Silap cakap sikit mulalah keluar stereng lock...Padahal salah dia tu...!!! ( ni takde kena mengena dengan kes Kiki tau )
Kalau ada samseng jalanraya ni nak provoke kita, biarkan ajer...Jangan kita turt sama ikut angin dia...Bagitahu jer kalau tak puas hati SETEL BALAI...!!!