HANYA 13 saat diperlukan oleh seorang wanita untuk mencuri sebuah televisyen plasma di sebuah kedai di Guapiles, Costa Rica.
Aksi yang berjaya dirakam rakaman kamera litar tertutup (CCTV) itu memaparkan dua orang wanita memasuki sebuah kedai dan kemudian salah seorang daripadanya terus mencapai TV plasma yang diletakkan di luar premis itu dan memasukkannya di dalam skirt labuhnya dan terus berjalan keluar.
Pembantu kedai, Ramirez Callas, 25, berkata, kejadian yang berlaku terlalu pantas dan tiada siapa menyedarinya.
"Dia adalah seorang pencuri yang sangat profesional dan saya tak pernah melihat perkara sebegini sebelum ini," ujarnya.
Sementara itu, jurucakap polis percaya, wanita tersebut sangat berpegalaman kerana berjaya mencuri televisyen tersebut dalam masa 13 saat.
"Sama ada beliau membuat latihan di rumah atau sudah biasa dengan kecurian seperti ini," katanya yang dipetik Mirror.uk
|
Aksi wanita terbabit berjaya dirakam CCTV |
Sinar Harian | 16 Januari 2015
Lihat video :