Nota PH : Dah elok2 dapat sambung belajar, ke lain pulak yang jadinya...Sungguhpun belum dibuktikan bersalah oleh mahkamah, tapi bukan ke mak ayah juga yang mendapat malu...?? Masa banyak terbuang di dalam lokap dan disoal siasat oleh polis...Sekali polis dapat 'trace' memang tak menang tidur ler jawabnya...Berhati2lah ketika memilih kawan terutamanya pada yang perempuan ni...Bila dah jadi hal pakwe pun lari...Bukannya apa, ramai remaja rosak disebabkan kawan...Teringat pulak kes remaja 125Z kena balun dengan budak RR kat Nilai tu...Semoga kita semua dihindari dari musibah dan kecelakaan...
JASIN: Seorang pelajar perempuan sebuah institusi pengajian tinggi (IPT) bersama rakan lelakinya dihadapkan ke Mahkamah Majistret Jasin sebentar tadi, atas tuduhan membunuh seorang lelaki berusia 27 tahun antara 31 Disember 2014 hingga 1 Januari lalu.
Bagaimanapun tiada pengakuan direkodkan daripada tertuduh, Nur Fatihah Saqira Mohd Tahir dari Segamat, Johor dan Firdaus Abd Karim masing-masing berusia 19 tahun dari Kandang di sini, yang hanya mengangguk faham selepas pertuduhan terhadap mereka dibacakan di hadapan Majistret Zaridah Y Abdul Jaapar.
Mengikut pertuduhan, mereka didakwa bersama-sama mencapai niat bersama membunuh Muhammad Azzad Suhani Hilalluddin, 27, di antara Jalan BMU 2 hingga ke kolam loji kumbahan Bandar Baru Merlimau Utara, Merlimau antara jam 11.30 malam 31 Disember 2014 hingga jam 1 pagi 1 Januari 2015.
Kedua-duanya dituduh mengikut Seksyen 302 Kanun Keseksaan dan dibaca bersama Seksyen 34 kanun sama yang memperuntukkan hukuman gantung sampai mati, jika sabit kesalahan.
Mahkamah menetapkan tarikh sebutan semula kes pada 16 Februari ini bagi laporan bedah siasat dan ujian asid deoksiribonukleik (DNA).
Berita Harian Online | 16 Januari 2015
|